HOODWINKED TOO! HOOD vs EVIL



FILEM: Hoodwinked Too! Hood VS Evil
ARAHAN: Mike Disa
LAKONAN: Hayden Panettiere, Glenn Close and Patrick Warburton
GENRE: Animasi aksi
TAYANGAN: 9 Jun 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)





SINOPSIS HOODWINKED TOO! HOOD vs EVIL

Hoodwinked Too! Hood vs Evil kali ini mengisahkan Red Riding Hood yang terpilih untuk menjalani latihan di kawasan terpinggir dengan sebuah pergerakan bawah tanah dikawal kumpulan rahsia Sister Hood.

Red dan musuh ketatnya Wolf dipanggil Nick Flipper, ketua Agensi Happily Ever After untuk menyiasat kehilangan pasangan Hansel dan Gretel yang hilang, dipercayai diculik penjahat luar.

Fokus kali ini lebih kepada aksi dan penceritaan yang suram melalui percubaan menjadikan karakter dongeng sebuah pasukan ‘mission impossible’. Red Riding Hood diarah mempelajari seni pertahanan diri dicampur aduk sekolah masakan di bawah kawalan Sister Hood.