MALAR SEGAR (TV1)

program Malar Segar
mulai: 20 Jun 2011,
Hari: setiap Isnin,
Masa: 10.00 malam di TV1
Episode: 13 episode
Sumber : budiey.com



SINOPSIS MALAR SEGAR (TV1)
mampu mengubat kerinduan peminat terhadap artis-artis popular lama yang sebahagian besarnya sudah lama menyepi daripada muncul membuat persembahan selain pendekatan mengundang artis baru bagi menarik penonton terutama golongan remaja meminati lagu-lagu malar segar.

Dirakamkan di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur, program Malar Segar diterbitkan sepanjang 13 episod siarannya ini pastinya mengundang suasana ceria kerana rancangan mingguan bersiri terbitan Unit Hiburan TV ini diacarakan oleh pengacara sensasi, Ifa Raziah.

Sepanjang sejam siarannya, program ini menampilkan kemunculan artis-artis undangan popular lama dan baru selain turut dimeriahkan dengan kehadiran penonton yang hadir di Auditorium memberi sokongan kepada artis kesayangan mereka.

Rancangan ini diselangi nyanyian lagu-lagu malar segar popular mengikut zaman dengan iringan pemuzik secara langsung dan bual bicara. Menariknya program ini tampil dengan tema berlainan setiap minggu dalam menyuntik kelainan dan mencetuskan suasana ‘segar’ kepada penonton.

Menerusi edisi pengenalannya, program ini bertemakan Pop Yeh Yeh yang menggabungkan artis popular A.Halim, Roziah Latif, Mila AF dan Umar (TLTB). Peminat penyanyi kecil molek, Mila pastinya teruja apabila mendengarkan 3 buah lagu 60-an dinyanyikannya iaitu Oh teruna, Jelingan Manja dan Muda Remaja.

Kemudiannya menyusul episod yang mengangkat tema Rock Klasik di mana mengundang Ali Terra Rossa, Elly AXL’S, Amir Ukays, Lan Kristal dan Zarina (Bintang Klasik Nasional) membuat persembahan masing-masing.

Episod seterusnya pula bertemakan Filem dan Lagu yang menampilkan penyanyi Nassier Wahab, Salamiah Hassan, Seniwati Mariani, Ernie (Bintang RTM) dan Awis (TLTB). Tidak ketinggalan episod kemudiannya yang membariskan nama-nama terkenal Rose Iskandar, Latif Ibrahim, Uji Rashid, Rozita Rohaizad dan Halil Chik menyanyikan lagu-lagu pilihan dengan tema Pujaan 70an.

Menerusi persembahan bertemakan Gelek Dangdut pula RTM memilih mengetengahkan persembahan Salleh Yaacob, Zaleha Hamid, Haiza dan Izwan Pilus yang pastinya mengundang keseronokan berterusan menyaksikan program ini setiap minggu.

Kepada peminat artis lama dan baru yang ingin menyaksikan artis kesayangan mereka beraksi, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan program Malar Segar yang disiarkan mulai 20 Jun 2011, setiap Isnin, jam 10.00 malam di TV1.