MILENGE MILENGE (TV3)



MILENGE MILENGE (TV3)
PANGGUNG SABTU
Hari Tayangan: Sabtu,
Masa Tayangan: 2petang
Tarikh Tayangan: 11 JUN 2011
Pelakon: Kareena Kapoor, Shahid Kapoor, Aarti Chhabria, Delnaaz Paul, Satish Shah.
Sumber: budiey.com



SINOPSIS MILENGE MILENGE (TV3)

Priya Malhotra, seorang yatim piatu yang mengidamkan sebuah keluarga dan pasangan hidup yang sempurna. Sunita Rao, meramalkan Priya akan bertemu dengan pasangannya selepas tujuh hari mengembara di negara asing. Priya mengambil keputusan untuk menyertai Festival Belia di Bangkok. Di situlah Priya bertemu dengan Amit, seorang yang sangat bertentangan dengan lelaki yang diimpikannya. Priya pulang ke India, namun, Amit tetap berdegil menyatakan takdir mahukan mereka berdua bersama. Priya mencabar Amit jika takdir mahukan mereka bersama, Amit mestilah menulis nama dan nombor telefonnya di sehelai not 50 Rupee dan jika suatu hari, not ini kembali ke tangan Priya, barulah Priya berkahwin dengan Amit. Apakah yang berlaku kemudian?