OBLIVIOUS SEASON 2 (8TV)



OBLIVIOUS (8TV)
MULA SIARAN: 20 MEI 2011
HARI: KHAMIS
MASA: 11.00 MALAM
EPISOD: 20 EPISOD
BAHASA: INGGERIS
SUMBER : BUDIEY.COM

SINOPSIS OBLIVIOUS (8TV)

OBLIVIOUS merupakan sebuah ‘game show’ yang mengandungi kamera tersorok untuk merakamkan aksi-aksi peserta. Peserta akan dipilih secara rawak oleh pengacara program ini dan mereka akan diberi lima soalan trivia atau satu tugasan mudah yang perlu diselesaikan. Peserta yang berjaya menjawab soalan-soalan ini dengan betul dan dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan akan memenangi wang tunai bernilai $20!

Salah satu segmen dalam rancangan ini, menyaksikan peserta akan diberi masa untuk menjawab soalan sebanyak yang mungkin dalam masa 60 saat. Sekali lagi, mereka akan memenangi wang tunai bernilai $20 untuk setiap jawapan yang betul. Di akhir permainan ini, mereka akan berpeluang menerima wang tunai bernilai $100 sekiranya dapat menjawab soalan bonus dengan tepat!

Dalam segmen “lighting round”, peserta harus bertukar peranan iaitu peserta harus berlakon sebagai pengacara dan menyoal orang awam dengan 5 soalan trivia. Untuk setiap soalan yang berjaya dijawab dengan tepat, mereka akan menerima $20 sekaligus membolehkan si ‘pengacara’ tadi menerima $100!

Permainan ini mudah dan sangat melucukan. Soalan-soalan trivia dari budaya pop dan seni hingga ke soalan politik dan hiburan diajukan oleh pengacara OBLIVIOUS Regan Burns kepada peserta. Peserta yang dapat memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi hadiah! Mudah bukan?

“Lawak spontan dari Regan Burns dan peserta-peserta ini pasti membuat anda ketawa tanpa henti. Apa yang lebih mengujakan, orang ramai yang menyertai rancangan ini kelihatan ‘sporting’ dan selamba tanpa ada yang tersinggung,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7

OBLIVIOUS akan disiarkan di 8TV setiap Khamis jam 11.00 malam bermula 20 Mei 2011. Pastikan anda sekeluarga menonton aksi-aksi spontan dalam OBLIVIOUS yang cukup menghiburkan! Siaran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708