THE RING MISSION (8TV)

THE RING MISSION (8TV)
Tarikh siaran: 5 Jun – 28 Ogos 2011
Hari: Ahad
Masa: 7.00 – 8.00 malam
Episod: 13 x 60 minit
Bahasa: Mandarin
Genre: Realiti
Sumber: budiey.com




SINOPSIS THE RING MISSION (8TV)

Buat pertama kalinya dalam sejarah penerbitan Malaysia, rancangan realiti mencari perancang perkahwinan terbaik diterbitkan bagi memberi pengiktirafan dan platform kepada mereka yang bekerja keras merealisasikan impian ramai pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan masing-masing.

Sertai hos Gary Yap dan Belinda Chee bersama-sama dengan dua puluh (20) perancang perkahwinan dalam misi untuk merealisasikan impian perkahwinan pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Adakah impian perkahwinan mereka akan terlaksana atau bertukar menjadi mimpi ngeri? Saksikan THE RING MISSION untuk mengetahui kesudahan program ini.

Semua orang mempunyai impian perkahwinan masing-masing. Ada yang mengimpikan perkahwinan yang besar dan mewah, ada juga yang mengimpikan perkahwinan secara kecil-kecilan yang ditemani sahabat handai dan keluarga terdekat tidak kurang juga yang mempunyai impian perkahwinan di tepi pantai.

Walaupun setiap manusia mempunyai pelbagai versi tentang sebuah majlis perkahwinan, namun satu persamaan yang nyata ialah masing-masing pastinya mengimpikan satu perkahwinan yang sempurna!

Untuk sebuah perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Perancangan yang teliti sangat penting untuk merealisasikan impian pengantin yang mahukan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna tanpa sebarang cacat-cela. Maka perancang perkahwinan merupakan individu penting dalam sesebuah majlis perkahwinan.

Merancang sebuah majlis perkahwinan yang sempurna bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Dari kek perkahwinan, perhiasan, gaun pengantin, khidmat pengangkutan, kad jemputan, hidangan untuk para tetamu, dewan, muzik – semuanya perlu diuruskan oleh perancang perkahwinan. Atas dasar itu, 8TV akan membawakan sebuah rancangan realiti untuk mencari perancang perkahwinan terbaik dalam THE RING MISSION.