SIAPA JEM? (ASTRO RIA)



Siapa Jem?
Hari Tayangan: setiap Isnin,
Mula Tayangan: 6 Jun ini menerusi Astro Ria (saluran 104).
Masa Tayangan: 9 malam.
Episode: 13 episod
Pelakon: Jazzy Rashid, Miera Liyana, Siti Elizad Saifuddin, Amran Ismail, Sherry Abdullah, Mazlan Mokhtar, Qazim Nor, Nazim Othman, Datin Noniswara Baharudin dan Radhi Khalid.


Sinopsis Siapa Jem?

Siapa Jem? mengisahkan seorang gadis berusia awal 20-an bernama Jem (Jazzy Rashid), yang telah lama menyimpan impian untuk mengahwini teman lelakinya iaitu Sani (Amran Ismail).

Sani ialah teman lelaki Jem yang amat dihargai dan disayangi oleh Jem walaupun mendapat bantahan daripada ahli keluarganya. Ini kerana Sani tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia selalu berangan-angan hendak menjadi penyanyi dan selalu meminta wang daripada Jem.

Malangnya, semua perancangan Jem itu sia-sia sahaja kerana pada saat-saat akhir, Sani membatalkan perkahwinan itu atas alasan yang dirahsiakan.

Amerizal (Nazim Othman) iaitu seorang wartawan muda yang sedang mengintip sepasang selebriti yang dikatakan mempunyai skandal. Amerizal bertembung dengan Jem sehingga menyebabkan tugasnya terbengkalai.