S.Y.O.K (DOWNLOAD)

Program Komedi Muzikal ‘S.Y.O.K’
MULA TAYANGAN: 27 Mei 2011,
MASA TAYANGAN: setiap Jumaat,
MASA TAYANGAN: 9.00 malam di TV1.
PELAKON: Harun Salim Bachik, A.R Badul, Saiful Apek dan Kartina Aziz, Johan Raja Lawak dan penyanyi Adibah Noor, Jepp sepah dan Dira Abu Zahar
EPISODE: 15 siri
sumber: budiey.com



DOWNLOAD DRAMA MUSIKAL KOMEDI S.Y.O.K
SYOK Episod 01 = DOWNLOAD
SYOK Episod 02 = DOWNLOAD
SYOK Episod 03 = DOWNLOAD
SYOK Episod 04 = DOWNLOAD
SYOK Episod 05 = DOWNLOAD
SYOK Episod 06 = DOWNLOAD
SYOK Episod 07 = DOWNLOAD
SYOK Episod 08 = DOWNLOAD
SYOK Episod 09 = DOWNLOAD
SYOK Episod 10 = DOWNLOAD
SYOK Episod 11 = DOWNLOAD
SYOK Episod 12 = DOWNLOAD
SYOK Episod 13 = DOWNLOAD
SYOK Episod 14 =
SYOK Episod 15 (TAMAT) =
Kredit: kepalabergetar

Sitkom muzikal S.Y.O.K selama sejam itu yang diterbitkan dalam 15 siri mempunyai tema berbeza-beza pada setiap minggu. Pada masa sama program ini dilihat sebagai salah satu cara RTM menyampaikan mesej dan dasar kerajaan melalui selitan unsur komedi yang berunsurkan nasihat.

Pendekatan ini lebih berkesan kerana ia dilakukan secara santai di samping mengetengahkan gabungan pelakon komedi lama dan baru yang dilihat mampu menarik lebih ramai penonton menyaksikan siri hasil skrip oleh Ahmad Zainuddin Abdullah itu. Apatah lagi mereka sememanngnya mempunyai gaya dan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej masing-masing.

Nyata kelainan cuba ditonjolkan menerusi sitkom ini yang telah menjalani proses rakamannya bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Negeri Sembilan, baru-baru ini di mana setiap siri ia akan dilakonkan dengan watak yang berbeza bergantung kepada tema ditetapkan. Malah sitkom komedi ini berbeza dengan cara konvensional yang biasanya disampaikan kepada penonton menerusi gerakan tubuh dan cara pertuturan. Sebaliknya menerusi S.Y.O.K, ia menerapkan elemen muzik dalam menyampaikan mesej yang tersirat.

S.Y.O.K muncul dengan siri pertamanya pada 27 Mei ini dengan tajuk Suami Rumahtangga yang meninjau suasana para peserta yang menjalani kursus bengkel masak memasak. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Chef Lan yang ingin membantu para peserta yang terdiri daripada para suami dan isteri yang rajin tolong turun di dapur di samping menggalakan mereka menceburi bidang perniagaan makanan.

Pengajaran yang diketengahkan antaranya perlunya amalan berjimat-cermat dalam kehidupan seharian terutama ketika kegawatan ekonomi, cuba tambah pendapatan dengan melakukan kerja sampingan seperti berniaga dan sebagainya juga jika ada kelapangan sediakan sendiri hidangan untuk keluarga anda kerana anda boleh menentukan samada hidangan itu berkhasiat atau sebaliknya.

Lagu yang diselitkan dalam episod ini termasuklah Sampai Syurga, Pagi yang Gelap, Pudar dan Bunyi Gitar. Episod pengenalan ini turut mengundang pelawak Jep Sepah dan Dira Abu Zahar.

Program S.Y.O.K diterbitkan oleh Nor Khuzaimah Abd. Aziz (Unit Hiburan TV RTM).