A UNTUK ABAH (TV1)



‘A’ Untuk Abah
TARIKH: 17 Jun,
MASA: 10.30 pagi di TV1
PELAKON: Shafie Naswip, Radhi Khalid, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi dan Norseha.
Sumber: budiey.com
SINOPSIS A UNTUK ABAH (TV1) Ia bermula dengan watak Fahmi semasa diusia remajanya seorang pelajar “genius” yang sentiasa memperolehi keputusan cemerlang di dalam pelajarannya. Cita-cita Fahmi pula untuk menjadi seorang Pakar Jantung, tambahan pula Abahnya (Latif) yang merupakan seorang bapa tunggal telah mengidap penyakit lemah jantung tanpa disedari oleh Fahmi.

Tetapi malangnya Latif meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari yang sama dan Fahmi amat kecewa kerana Abahnya tidak sempat melihat keputusan Fahmi yang mendapat pengiktirafan sebagai pelajar terbaik diperingkat negeri semasa itu. Pelajaran Fahmi semakin lama-semakin merosot sehingga dia hanya mampu mendapat keputusan sederhana di peringkat SPM, cita-citanya untuk menjadi Pakar Jantung gagal dan hanya berjaya menjawat jawatan sebagai Pembantu perubatan di sebuah klinik Desa Kerajaan sahaja.

Kini Fahmi berusia 40 tahun, hasil perkahwinanya dengan Suraya mereka memperolehi seorang anak lelaki tunggal bernama Azmi yang mewarisi sifat semula jadi “genius” daripada ayahnya (Fahmi). Azmi yang sedang belajar di tingkatan 3 akan menduduki peperisaan PMR. Azmi seorang yang berjiwa seni manakala Fahmi terlalu mengharapkan Azmi supaya nanti menyambung pelajaran di dalam aliran Sains Tulen dan diharapkan untuk menjadi seorang Doktor Pakar bagi memenuhi cita-cita Fahmi yang gagal dicapai olehnya sebelum ini.

Azmi bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis Animasi (Pereka Graphic Video Games), dia bercita-cita untuk memasuki aliran sastera, selepas PMR nanti, dimana dia kemudiannya akan mengambil matapelajaran seni lukis yang suatu hari nanti selepas SPM dia ingin melanjutkan pelajarannya didalam bidang yang berkaitan minatnya.

Azmi terpaksa berkorban segala minatnya demi abahnya, kehidupan Azmi amat terkongkong, kawan- kawannya hanyalah buku-buku pelajaran, dunianya hanyalah sekolah dan menghadiri kelas tambahan serta kelas tuisyen. Dia tidak dibenarkan bersosial, bergaul dan melakukan aktiviti yang dianggap membuang masa dari padangan Fahmi. Azmi pada mulanya dapat bertahan, tetapi lama-kelamaan dia tidak sanggup lagi menanggung beban untuk memperolehi 100% A didalam semua pelajaran yang sedang di pelajarinya.

Semasa keputusan PMR diumumkan, Azmi nekad untuk melarikan diri ke kampung atuknya (Latif) kerana menyangkakan datuknya masih hidup. Dia mahu memujuk datuknya meyakinkan ayahnya supaya membiarkannnya memilih bidang diminati.

Ketika di kampung dia bertemu budak lelaki penjual kuih bernama Jai akhirnya Azmi berjaya sampai ke kampung halamannya yang dicari selama ini tanpa disedari olehnya. Azmi yang mulanya kekok hidup dalam kemiskinan, lama-kelamaan dia berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan yang sukar. Dia mula bersimpati melihat kehidupan Jai bersama ibunya, dan dia mula sedar bertapa pentingnya seorang bapa didalam sebuah keluarga.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah Azmi mengejar citanya? Mampukah keduanya berbaik semula seperti sediakala?