X-MEN FIRST CLASS



DOWNLOAD X-MEN FIRST CLASS
MEDIAFIRE = PART1, - PART2, - PART3
FILESERVE
http://www.fileserve.com/file/kgbenwe

http://www.fileserve.com/file/s8VXAXx
http://www.fileserve.com/file/XJZAesc

WUPLOAD

FILESONIC


FILEM: X-Men: First Class
ARAHAN: Matthew Vaughn
PELAKON: James McAvoy, Michael Fassbender, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt dan Kevin Bacon
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 2 Jun 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)

SINOPSIS X-MEN FIRST CLASS
SEBAIK saja 20th Century Fox mengambil keputusan menghasilkan filem prekuel wira Marvel X-Men, ramai yang ternanti-nanti sama ada ia akan sebaik filem terdahulu atau sebaliknya.

Tapi sebaik saja ditayangkan, ternyata penantian penuh debaran selama ini amat berbaloi. Bukan saja tarikan pada drama dan aksi yang hebat malah punca awal pertelingkahan yang membawa kepada pemberontakan golongan mutan dan manusia normal dijawab dengan jelas.


Pengarah dan penulis lakon layar bijak mengadaptasi situasi yang berlaku ketika era perang dunia kedua dan perang dingin. Penulis tertarik apabila plotnya cuba mengaitkan perang dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet berpunca daripada 'cucukan' Sebastian Shaw (Kevin Bacon), bekas anggota tentera Hitler yang memiliki kelebihan menyerap kuasa.

Malah sejarah setiap ahli mutan diceritakan dengan jelas, padat dan mudah difahami. Contohnya, bagaimana mutan biru jelita Mystique atau nama sebenarnya Raven (Jennifer Lawrence) membesar bersama Charles Xavier (James McAvoy) dan hubungan istimewa yang terjalin antara mereka.


Dan kisah sedih penuh dendam Erik Lehnsherr (Michael Fassbender) diseksa zahir dan batin oleh tentera Hitler yang akhirnya membentuk dirinya sebagai Magneto.


Secara jujur, Magneto banyak memberi kesan emosi kepada penonton. Walaupun dalam siri-siri sebelum ini Magneto ditonjolkan sebagai manusia tidak berhati perut dan membenci manusia sepenuh jiwa. Kesan emosi mendalam kehilangan ibu bapa di depan mata dan dibunuh kejam sinonim dengan kesan psikologi yang wujud di dalam jiwa segelintir pesakit mental yang menjadi penjenayah sadis atas sebab desakan sekeliling. Lantas, memberi satu fakta menarik yang diterima dek akal penonton yang mampu menilai.

Begitu juga pemberontakan jiwa yang lahir daripada tekanan manusia yang terlalu takutkan golongan mutan. Pun begitu persepsi ini pernah ditonjolkan di dalam beberapa siri X-Men lantas penonton dapat mengaitkan kejadian demi kejadian berlaku tanpa melupakan siri lalu.


Tidak ada yang amat baru mengenai kesan CGI kerana ia masih tetap hebat seperti dulu. Malah plot yang berkembang secara sistematik dan dramatik memberi kesan cetusan rasa yang menyenangkan penonton panggung.

Penampilan beberapa watak baru semestinya dinanti-nantikan peminat setia majalah aksi Marvel ini. Penulis percaya antara watak yang pasti menarik perhatian penonton ialah Frost (January Jones), mutan jelita yang mempunyai kelebihan seperti Xavier dan mampu bertukar kepada manusia kristal.


Tidak lupa watak Azazel, mutan berupa syaitan yang mampu bergerak dari satu tempat ke satu tempat sekelip mata. Serta beberapa watak mutan muda lain seperti Havoc, Banshee, Riptide, Darwin dan Angel yang muncul dengan kuasa yang menakjubkan.


Walaupun bergenre aksi dengan kuasa yang tidak masuk akal, intipati drama dan hubungan yang ditonjolkan berjaya menguatkan naluri penonton untuk terus kekal duduk di kerusi panggung. Dan tidak mustahil jika ada yang akan ulang tonton kerana kesan mendalam yang hadir di dalam penceritaan.


Bak kata salah seorang penonton yang meluahkan rasa kepuasannya sejurus selepas sesi tayangan khas, X-Men First Class memang cocok dengan tajuknya ‘First Class!’