BELLA CALAMIDADES (TV3)



Bella Calamidades (TV3)
Tarikh: 19 JULAI 2011,
Masa Tayangan: 3 petang,
Hari Tayngan: Isnin – Khamis
Pelakon: Danna Garcia, Segundo Cernadas
Episode: 140 Episod
Menggantikan = Marimar ( 1 - 77 tamat)


SINOPSIS BELLA CALAMIDADES (TV3)

telenovela Sepanyol “BELLA CALAMIDADES” yang bermaksud ‘si jelita bernasib malang’ mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.

Namun, semuanya bakal berubah dengan kemunculan jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola yang suram selama ini?

Jangan lupa saksikan kisah cinta romantis Lola dan Marcelo dalam BELLA CALAMIDADES menerusi slot Telenovela mulai 19 Julai 2011, setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00petang, hanya di TV3!