DANIEL’S DAUGHTER (8TV)




DANIEL’S DAUGHTER
TARIKH SIARAN: 14 JULAI 2011
MASA: 10.00 MALAM
Dibintangi oleh : Laura Leighton, Sebastian Spence
sumber: budiey.com

SINOPSIS DANIEL’S DAUGHTER

Cate Madighan seorang gadis yang cantik, bijak, berbakat dan merupakan Editor di sebuah majalah akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan media yang terkenal.. Kehidupan Cate yang teratur rapi menjadi huru-hara apabila beliau menerima bungkusan dari bapanya yang telah meninggal dunia. Di dalam bungkusan itu terdapat abu mayat bapanya dan bapa Cate telah mengamanahkan Cate untuk membuang abu itu di bandar tempat Cate dilahirkan.

Perjalanan Cate ke bandar kelahiran beliau telah membuka mata Cate. Cate juga bertemy dengan seorang peguam kacak selama berada di bandar itu. Pelbagai persoalan bermain di minda Cate. Adakah Cate benar-benar gembira dengan kehidupan yang beliau? Saksikan filem menarik ini dalam DANIEL’S DAUGHTHER pada 14 Julai 2011 jam 10.30 malam hanya di 8TV.