ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA (TV2)




ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA
Mulai: 16 Julai 2011
Hari: setiap Sabtu (4.30 petang)
Hari: setiap Ahad (11.30 pagi)
Episode: 16 episod
Sumber: budiey.com


SINOPSIS ENAK BERSAMA RAMLY DARIPADA CHEF LIZA (TV2)

berkongsi 32 resipi masakan, sentuhan air tangan Chef Liza Zainol yang sebahagian besarnya terdiri daripada 30 produk keluaran Kumpulan Ramly yang pastinya Halal, Bersih & Bermutu.

rancangan yang bakal menampilkan personaliti dan tokoh-tokoh terkemuka bagi membincangkan pelbagai topik menarik seperti Halalan Toiban dan isu-isu semasa.

Seramai 16 tetamu jemputan di dalam rancangan ini. Di antaranya, Yang Berbahagia Tan Sri Samsudin Osman (Presiden Perbadanan Putrajaya), Shalin Zulkifli (Pemain Bowling Professional & Atlet Negara), Saudara Kamal Affandi (Penganalisis Jenayah0, Ustaz Wan Shohor Bani Leman (tokoh agama tersohor), Ustaz Mohd Amri Abdullah (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hub Halal JAKIM) dan Dramatis Komedi terkenal, Kenchana Devi.

Penggambaran rancangan ini telah dirakamkan di beberapa lokasi seperti di Cameron Highland iaitu Taman Agro Teknologi MARDI, Perkampungan Orang Asli Sungai Rui, Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, Cruise Tasik Putrajaya, Laman Chef Liza Kuala Lumpur, Ramly Halal Mart Sdn Bhd Taman Botanik Kelang dan FITEC MARA My Kitchen, Batu Caves.

Chef Liza Zainol yang sememangnya diakui mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam bidang kulinari sehingga membawa beliau menjelajah ke seluruh dunia dalam bidang yang dicintainya untuk mempromosikan pelbagai masakan dan juga produk makanan. Rancangan ini berkonsep “infotainment” kerana ada menyelitkan informasi serta adegan hiburan komedi buat tatapan penonton bagi menceriakan rancangan ini.

Di samping memasak, beliau juga berkongsi ilmu kulinari, tips dan petua-petua masakan yang amat berguna. Beliau juga memperkatakan tentang agro pelancongan, agro pertanian serta keindahan alam sekitar sebagai menyahut saranan Y.A.B Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia Negara yang sesuai dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia.

Menariknya siaran episod terakhir pada 4 September 2011 (Ahad), pengisian program ini lebih istimewa menerusi Edisi Khas Hari Raya, di mana segmen rancangan masakan ini turut mengundang beberapa buah Rumah Kebajikan seperti Pusat Kebajikan Anak Yatim Tahfiz Al Habbah Sungai Tua, Persatuan Sokongan Ibu & Anak Kurang Upaya Azwar KL & Selangor dan Rumah Sentuhan Budi Kampung Batu Muda yang turut sama memeriahkan sambutan raya.

Penonton berpeluang mencuba resipi-resipi dari produk RAMLY yang disajikan untuk hidangan seisi keluarga. Resepi-resepi yang disajikan ini amat mudah untuk dicuba dan sangat sesuai untuk penonton yang berkerjaya dengan hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan. Dengan produk RAMLY yang Halal , Bersih dan Bermutu, direka khusus untuk menjadikan makanan anda citarasa rakyat Malaysia.