GIG TV9 BERSAMA DIGI (DOWNLOAD)

GIG TV9 BERSAMA DIGI (SIARAN LANGSUNG)
TARIKH: 9 dan 10 Julai 2011
MASA: 8.30malam hingga 10.30malam

Konsert GIG TV9 boleh di saksikan secara langsung menerusi LIVE online.
--> http://live.tv9.com.my/gig/livestreaming.asp


DOWNLOAD GIG TV9 BERSAMA DIGI
HOTFILE => DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar






TV9 bersama DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) bakal mengadakan satu acara yang pasti menggegarkan persada seni tanahair iaitu karnival dan konsert rock, “GIG TV9 bersama DiGi” pada 9 dan 10 Julai 2011, bertempat di I-City Shah Alam.

“Gig ini bertujuan untuk menghargai penonton remaja kami sekaligus membuktikan TV9 kini lebih segar dan kontemporari. Muzik terutamanya dapat meluahkan perasaan serta menyampaikan pesanan positif oleh seseorang dan itu yang kami cuba lakukan, iaitu memberi platform kepada golongan remaja Malaysia yang sedia menyahut cabaran ini,” ujar Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Feisal Malik.

Antara aktiviti menarik yang disediakan pada kedua-dua hari tersebut adalah Battle Of The Indie Band, Sesi Karaoke, Guitar Hero, Bengkel Muzik, Bazaar Indie serta konsert sebagai acara kemuncak.

Battle of the Indie Band yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 menampilkan lapan buah kumpulan indie iaitu Before After, Bintang Batu, Broken Ribs, Oh Chenta Ku, Pheelers, Popkonspirasy, Skudap Skudip dan The Jespers. Mereka ini bakal bertarung bagi merebut wang tunai berjumlah Rm8,000.

Selain Battle of the Indie Band, GIG pada hari pertama ini turut menampilkan kumpulan indie Rock tempatan seperti AwanBand, The Azenders, Pesawat, Azlan & The Typewriter, Drama Band dan Projek Pistol untuk menggegarkan pentas di I-City. Konsert yang diberi nama “Saturday Afternoon Jam” ini akan dihoskan oleh Ikhwan Hot FM dari jam 5.00petang hingga 7.00malam.

Manakala konsert GIG kedua pada keesokan harinya akan digegarkan oleh kumpulan muzik yang mempunyai nama besar dan terkenal di persada seni tanahair iaitu Wings, Hujan, Aizat, Bunkface dan 6ixth Sense.

Konsert yang dihoskan oleh Faizal Ismail ini bakal disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 8.30malam hingga 10.30malam. Mereka yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung ini boleh menonton melalui ‘live streaming’ di www.tv9.com.my/gig.