JUST BREATHE (8TV)



JUST BREATHE
TARIKH SIARAN: 21 JULAI 2011
MASA: 10.00 PM
Dibintangi oleh: Britney Wilson
SUMBER: budiey.com

SINOPSIS JUST BREATHE

Sydney Foster merupakan remaja yang sentiasa memberontak akibat terlalu dimanjakan oleh ibu beliau. Akibat terlalu penat dan letih dengan perangai Sydney, ibunya telah menghantar beliau untuk tinggal bersama dengan bapa beliau Ben yang tinggal di sebuah pekan kecil di Minnesota. Ben bersetuju untuk menjaga Sydney bagi menebus kesalahan beliau yang lepas. Setelah berpisah dengan ibu Sydney, Ben telah berkahwin dengan Emma dan dikurniakan dengan seorang bayi yang cukup comel.

Walaupun telah berpindah ke tempat yang jauhd dari bandar, sikap Sydney masih tidak berubah. Emma yang memahami perasaan Sydney cuba membantu beliau untuk berubah. Mampukah Emma mengubah sikap dan perangai Sydney? Adakah Sydney akan cuba berubah?