KHURAFAT THE SERIES (DOWNLOAD)



KHURAFAT THE SERIES (ASTRO RIA)
Mula Tayangan: 12 Julai 2011,
Hari Tayangan: setiap Selasa
Masa Tayangan: 10.00 malam
Episode: 13 episod

DOWNLOAD KHURAFAT THE SERIES
Khurafat The Series Episode 1 = PART1 - PART2

Khurafat The Series Episode 2 = PART1 - PART2
Khurafat The Series Episode 3 = PART1, - PART2
Khurafat The Series Episode 4 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 5 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 6 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 7 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 8 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 9 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 10 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 11 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 12 = DOWNLOAD
Khurafat The Series Episode 13 (TAMAT) =
kredit: Jiwang, jaki, Kepalabergetar



SINOPSIS KHURAFAT THE SERIES (ASTRO RIA)

Mengisahkan Mastura dan Johan yang mengikat perjanjian sehidup semati dengan melakukan satu ritual menjamu darah mereka pada sebuah busut untuk mengikat perjanjian untuk sehidup semati. Sebagai balasan, hati mereka akan tertutup untuk jatuh cinta dengan orang lain. Malangnya, belum sempat Johan melamarnya, Mastura terlibat dalam sebuah kemalangan yang menyebabkannya koma. Kemudian Johan mula merasakan perubahan pada dirinya. Dia perlahan-lahan mula dapat lihat makhluk-makhluk dari alam lain seperti jin dan roh.

Plot drama bersiri ini dikembangkan apabila Johan, lakonan bintang yang sedang menyinar, Zahiril Adzim mula menyiasat semula perjanjiannya yang dibuat bersama Mastura lakonan Nora Danish dengan mengetahui rahsia sebenar ritual yang dilakukannya di sebuah busut. Apabila darah dititiskan pada busut yang dijaga oleh penunggu, darah dan nyawa Johan dan Mastura juga disatukan. Jika salah seorang daripada mereka mati, pasangannya juga akan mati.

Johan mula panik. Doktor sudah mengesahkan Mastura mungkin tidak dapat diselamatkan dan hanya menunggu masa untuk “pergi”. Ini bermakna waktu Johan juga sudah suntuk. Johan mula mencari cara untuk menarik diri daripada perjanjian dengan penunggu busut. Johan belum bersedia untuk mati. Namun, Johan mula diganggu roh Mastura yang mahukan Johan membunuh diri agar mereka sama-sama dapat “berhijrah” ke alam seterusnya.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Khurafat The Series pada setiap hari Selasa jam 10.00 malam bermula pada 12 Julai 2011 menerusi Astro Ria (Saluran 104). Selamat menonton!