KUBUR TAK BERTANDA (DOWNLOAD)



KUBUR TAK BERTANDA
Hari: Ahad
Tarikh: 26 Jun 2011
Masa: jam 10 malam
TV: Astro Citra (saluran 131)
Lakonan
Shaheizy Sam,Yana Samsuddin,pelakon Korea (Keum Nim (Kara) dan Lee Yan (Minho))


DOWNLOAD KUBUR TAK BERTANDA
HOTFILE = PART1 - PART2 - PART3
Kredit: jiwang.org

SINOPSIS KUBUR TAK BERTANDA

Kubur Tak Bertanda mengisahkan Zein, pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di Korea Selatan. Dia terjebak dalam kehidupan sosial sehingga melakukan perhubungan terlarang bersama kekasihnya, Kara (Keum Nim). Kara hamil, tetapi Zein enggan bertanggungjawab kerana menganggap Kara gadis yang terlalu sosial. Kara tertekan dan Zein pula menjauhkan diri.

Kara mengugut mahu melaporkan kepada pihak polis dengan dakwaan Zein memperkosanya, tetapi Zein tetap enggan bertanggungjawab. Zein hilang pertimbangan sehingga pergelutan dengan Kara. Dia memijak perut dan menendang sehingga Kara pengsan dan berlumuran darah. Zein menyangka Kara mati dan membuang mayatnya di kawasan semak.

Selepas tiga tahun, Zein membina mengahwini seorang pelajar Malaysia bernama Rita (Yana). Zein berubah laku apabila bergelar suami. Apabila Rita didapati hamil, kebahagiaan mereka mula diganggu bayang misteri. Lebih menakutkan apabila mesin imbas mendapati bayi dalam kandungan Rita menyerupai wajah Kara. Sikap Rita juga mula berubah dengan memiliki persamaan dengan Kara dari segi pemilihan makanan, pakaian dan perhiasan. Zein bertambah pelik kenapa selepas sekian lama baru kini hidupnya diburu gelisah mengenai Kara.