SALIH YACCOB SHOW I FOLLOW (DOWNLOAD)

SALIH YACCOB SHOW...I FOLLOW
HARI: setiap hari Jumaat,
MASA: 9.00 malam
MULAI: 8 Julai 2011
TV: ASTRO WARNA saluran 132.




DOWNLOAD SALIH YACCOB SHOW I FOLLOW
Salih Yaccob Show I Follow Episode 1 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 2 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 3 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 4 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 5 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 6 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 7 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 8 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 9 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 10 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 11 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 12 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 13 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 14 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 15 = DOWNLOAD
Salih Yaccob Show I Follow Episode 16 = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar, Jiwang

SINOPSIS SALIH YACCOB SHOW...I FOLLOW



Salih Yaccob Show, I Follow merupakan sebuah rancangan bual bicara terbaru yang menampilkan Salih Yaccob (SY) sebagai pengacara dan penghibur serba boleh. Kemunculan serta celotehnya dalam pelbagai watak pastinya akan mencuit hati para penonton. Dibantu oleh Nik Sayyidah Fatiha Yazid atau lebih dikenali sebagai Mek, program bual bicara ini akan mengundang tetamu untuk membincangkan topik-topik menarik secara santai dan bersahaja bersama-sama tetamu undangan pada setiap episod.

Salih Yaacob Show, I Follow terbahagi kepada lima segmen menarik.Segmen pertama, dikenali sebagai I FOLLOW. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) Amirul (Backpipe).

Segmen BETUL TAK? akan mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, SY akan berceloteh dengan Mek tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL…Susah Cari Kerja?, Tiba-tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?

Segmen ketiga pula adalah KEMBANG SA-TAMAN. SY akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. SY akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah peminatnya.

CORAT CORET di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen BETUL TAK? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn

Segmen kelima yang digelar LAGU MERAPU yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan SY menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut. Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program bual bicara terbaru, Salih Yaacob Show, I Follow menampilkan Salih Yaacob sebagai pengacara dan penghibur serba boleh dalam pelbagai watak pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam bermula 8 Julai 2011 menerusi saluran 132. Selamat menonton!