SUPER 8 (DOWNLOAD)




FILEM SUPER 8
pengarah : J.J. Abrams
penulis: J.J. Abrams
pelakon: Elle Fanning, Amanda Michalka and Kyle Chandler
Mula ditayang: June 9, 2011
Genre: Mystery | Sci-Fi | Thriller



DOWNLOAD FILEM SUPER 8
MEDIAFIRE = PART1, - PART2
Kredit: mediafiremovie

SINOPSIS FILEM SUPER 8

Super 8 bukanlah filem mengenai 8 orang super hero, sebaliknya Super 8 adalah sebuah filem mengisahkan kejadian pelik pada tahun 1979 yang dirakam secara tidak sengaja oleh dua orang remaja menggunakan kamera lama dilengkapi filem plastik dari jenis Super 8. Filem kamera jenis Super 8 adalah gulungan filem plastik untuk kamera kecil ala-ala handycam zaman dulu-dulu. Kamera jenis ini popular pada zaman 90-an sebelum kemunculan handycam digital.

Dua remaja itu adalah Jackson Lamb dan Alice Dainard. Tatkala sedang seronok membikin filem sendiri untuk koleksi peribadi mereka, Jackson dan Alice terkejut menyaksikan pelanggaran dua buah keretapi yang bertembung di sebuah landasan berhampiran tempat mereka berada ketika itu. Terfana oleh kejadian tersebut, kedua-dua mereka menghampiri tempat kejadian sambil merakamkan kesemua yang dilihat oleh mereka.

Selepas kejadian pelanggaran kedua-dua keretapi yang disaksikan oleh Jackson dan Alice, pelbagai peristiwa pelik muncul satu-persatu, termasuklah kehilangan beberapa orang penduduk yang menetap di tempat tinggal mereka. Setelah disiasat, kehilangan penduduk kini dikaitkan pula dengan aktiviti penculikan oleh makhluk asing dan kehadiran makhluk asing tersebut di kawasan berdekatan.