THE VAMPIRE DIARIES MUSIM 2 (8TV)



THE VAMPIRE DIARIES MUSIM 2
Tarikh siaran: 12 Julai 2011
HARI: setiap Selasa
Masa: 9.30 malam
Episod: 22 episod
Bahasa: Inggeris
Sumber: budiey.com




SINOPSIS THE VAMPIRE DIARIES SEASON 1 = KLIK


SINOPSIS THE VAMPIRE DIARIES SEASON 2


Cerita berkisarkan tentang dua beradik drakula yang jatuh cinta dengan seorang gadis cantik dan pada yang sama perlu menyelamatkan bandar yang mereka diami dari serangan drakula-drakula jahat. Stefan (PAUL WESLEY) dan Damon Salvatore (IAN SOMERHALDER) kembali ke bandar Mystic Falls, Virginia atas beberapa agenda.

Dua beradik ini masing-masing ingin memenangi hati Elena (NINA DOBREV) yang mempunyai wajah seiras dengan seorang drakula cantik bernama Katherine Pierce sekitar tahun 1864.


Musim ke-2 ini juga bakal menyaksikan kemunculan Katherine Pierce yang akan mencetuskan salah-faham dan kekecohan di antara Stefan, Elena dan Damon.
Serigala jadian juga merupakan satu watak yang menjadi tarikan untuk musim ini. Bapa saudara Tyler, Mason Lockwood akhirnya mendedahkan identiti sebenar beliau sebagai serigala jadian. Mason memberitau Tyler tentang sumpahan “Lockwood” yang ada dalam gen keluarga mereka dan untuk mengaktifkan gen tersebut mereka perlu membunuh manusia.