WIPEOUT (8TV)





WIPEOUT 3
Tarikh siaran: 3 Jun 2011 (setiap Jumaat)
Masa: 10.00 – 11.00 malam
Bahasa: Inggeris
EPISODE :18 Episode
Sumber: budiey.com



SINOPSIS WIPEOUT 3

Pepatah Inggeris ada mengatakan “Laughter is the best medicine”. Ya, ini merupakan cara terbaik untuk anda meluangkan masa menonton sebuah rancangan yang pasti membuat anda ketawa hingga tidak kering gusi. WIPEOUT kini kembali di 8TV untuk musim ke-3 dengan halangan yang lebih sukar dan semestinya aksi lucu peserta-peserta!

WIPEOUT merupakan rancangan realiti paling melucukan dan peserta terdiri daripada pelbagai umur, bentuk dan saiz bersaing sesama sendiri dan juga masa yang telah ditetapkan. Sementara itu, mereka harus mengharungi pelbagai cabaran yang sukar dengan harapan memenangi 50,000 dolar dan gelaran Juara WIPEOUT!

Musim terbaru ini memperkenalkan 3 set permainan baru antaranya ‘double cross’, ‘pitch fork’, ‘blob’, ‘smack wall sweeper’, ‘fence flapper’, ‘pirate’s revenge’ dan ‘medieval wipeout’, penonton-penonton pasti terhibur dengan aksi lucu dan bersahaja dari peserta yang cukup ‘sporting’ menyahut cabaran dalam WIPEOUT.

Hanya 12 peserta terbaik akan ke peringkat seterusnya dan semestinya cabaran lebih besar menanti mereka dan hanya empat peserta terbaik akan beraksi ke pusingan akhir.

Antara perubahan yang dapat dilihat dalam WIPEOUT musim ke-3 ini ialah permainan ‘Double Cross’ telah digantikan dengan ‘Sweeper’. Apa yang menarik dalam permainan ini, peserta terpaksa melepasi halangan ‘tilting planks’ yang diaktifkan setiap 9 saat dan pada waktu yang sama ‘sweepers’ akan cuba menjatuhkan mereka ke dalam air. Mampukah peserta-peserta kali ini melepasi halangan ‘Sweeper’? Saksikan aksi menarik ini dalam WIPEOUT musim ke-3 ini.

Setelah ditolak dan ditarik, dipukul dan dihentak, kita boleh bersorak apabila empat finalis menuju ke zone WIPEOUT! Melibatkan lagak ngeri yang dasyat, ini merupakan satu-satunya peluang peserta untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak $ 50,000!

18 episod padat dengan aksi lucu dan bersahaja ini cukup mencabar minda dan fizikal peserta. Hos John Henson dan John Anderson kembali menyerikan program ini dengan komen-komen yang cukup lucu dan menghiburkan.

Program ini ternyata sungguh menghiburkan dengan caranya sendiri. Saksikan WIPEOUT musim ke-3 di kaca TV anda setiap Jumaat bermula 3 Jun 2011 jam 11.00 malam hanya di saluran hip 8TV!