WITHOUT BOUNDARIES – ISLANDS AND BEACHES (8TV)



WITHOUT BOUNDARIES – ISLANDS AND BEACHES
TARIKH SIARAN: 13 JULAI 2011
HARI: RABU
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 10 EPISODE
BAHASA: INGGERIS
SUMBER: BUDIEY.COM




SINOPSIS WITHOUT BOUNDARIES – ISLANDS AND BEACHES

Without Boundaries merupakan sebuah program ‘travelogue’ terbitan produksi tempatan yang wajib ditonton khlayak. Program ini akan membawa anda mengembara ke pulau-pulau fantasi dan pantai-pantai indah di Malaysia.

Meletakkan pengacara popular Henry Golding sebagai hos untuk program ini sememangnya keputusan yang sangat bijak kerana Henry sememangnya gemar mengembara dan sangat ‘adventurous’. Personaliti Henry yang selamba, peramah dan berani memcuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan santai.

Without Boundaries memuatkan 10 episod yang padat dengan info dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang berada di pulau dan pantai. Antara destinasi-destinasi yang dimuatkan di dalam program ini Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tenggol, Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating, Pulau Langkawi dan Pangkor Laut.

Henry juga akan membawa anda ke Sabah yang cukup dikenali dengan keindahan pulau-pulau di sana antaranya Pulau Manukan, Pulau Sapid dan juga Pulau Tiga yang cukup popular kerana menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti popular ‘Survivor’. Tidak lengkap sekiranya tidak menyelam di Sipadan dan Mabul. Henry berkesempatan ke Sipadan dan Mabul dan turut ke Pulau Layang-Layang!

Henry yang mempunyai sijil menyelam akan membawa anda mengenali dan menikmati keunikan dunia di dasar laut tidak ketinggalan menyaksikan keindahan alam semulajadi yang pasti memukau pandangan anda!

Ikuti perjalanan penuh ‘adventure’ Henry Golding dalam rancangan Without Boundaries, setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 13 Julai 2011 eksklusif di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran Astro 708. Tontoni program-program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my