BEST IN THE WORLD (8TV)



BEST IN THE WORLD
TARIKH SIARAN: 4 OGOS 2011
HARI: KHAMIS
MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 13
BAHASA: BAHASA MELAYU & INGGERIS
SUMBER: BUDIEY.COM

SINOPSIS BEST IN THE WORLD
Pengacara yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ Razif Hashim akan bersama-sama anda selama 13 episod ini akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia. Razif juga banyak berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pendapat tentang makanan yang patut dicuba oleh penonton di rumah.

Setiap minggu anda akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan dan rasa. Menariknya setiap episod akan tampil dengan tema yang berbeza. Antara tema-tema yang dipaparkan dalam program ini ialah ‘Rice Spice’ yang akan memaparkan pelbagai hidangan yang mengandungi nasi dalam setiap juadah yang disediakan. Selain itu tema ‘Oodles of noodles’ juga tidak kurang menarik dengan hidangan pelbagai jenis mee yang lazat. Antara tema-tema lain ialah ‘Chili fever’, ‘Food from the roots’ dan banyak lagi. Segalanya yang lazat, enak yang pasti membuka selera anda dalam BEST IN THE WORLD!

Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat. Dari masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Tidak hairan salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita.

Selain dari makanan, BEST IN THE WORLD juga memuatkan ‘Special Tips Segment’ yang memberikan tips-tips berguna kepada penonton antaranya mengunyah dengan betul ketika makan, memakai pakaian yang tidak terlalu ketat ketika makan dan banyak lagi. BEST IN THE WORLD juga menampilkan beberapa tetamu undangan untuk berkongsi pendapat dan citarasa mereka dengan khalayak.