BICARA SURAH (TV1)

BICARA SURAH (TV1)
pengacara: Saiful Bahrim,
Hari: setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, (jam 4.30 pagi )
ulangannya: setiap Isnin hingga Rabu,( jam 4.30 petang )
artis undangan: Mr Os, Osman Kering, Munir Phyne Bollez, Engku Faridah, Amylia, Alif Azfar, Joey, Yusmal, Farid Amirul dan Azza Elite,
Episod: 13 episod
sumber: budiey.com




SINOPSIS BICARA SURAH (TV1)
huraian ayat sebagai panduan dan motivasi manusi sejagat. Ayat dipilih mengkhususkan perbincangan tentang manusia yang mendapat perlindungan dari Allah sebagai pelindung utama, menjaga hati agar lebih tawaduk kepada Allah.

Ayat-ayat dipilih seterusnya mengkhususkan perbincangan tentang perlunya mengasihi sesama manusia lebih-lebih lagi anak yatim piatu dan janganlah kita menzalimi mereka (anak-anak yatim), kelalaian manusia dalam mentaati perintah Allah, ketaksuban manusia yang berlumba-lumba mencari harta kekayaan, pangkat dan darjat sehingga leka dan berakhir dengan pembalasan dari Allah yang amat azab.

Perbincangan turut mengupas tentang ayat yang menyentuh soal penderhakaan Abu Lahab sebagai musuh yang terang lagi nyata kepada Allah. Allah juga mengecam Abu Lahab yang derhaka, yang merosakan kaum nabi Muhammad denga harta kekayaannya, sebagai peringatan kepada manusia agar tidak ghairah dengan apa yang dimiliki sehingga lupa diri dan bangga diri, sifat Allah Taala yang tidak sama sekali dengan manusia dan peringatan kepada manusia supaya taat akan segala perintah Allah juga tentang anugerah Allah kepada kaum Quraish dengan memberi keamanan dan kenteteraman dalam mencari sumber rezeki dengan limpahan yang tidak terhingga, memperingati manusia tentang anugerah dari Allah agar manusia sentiasa bersyukur dan beramal soleh kepada Allah.

Menariknya program ini menyentuh tentang kemuliaan malam Lailatul Qadar yang terjadi pada bulan Ramadan. Memberi tahu manusia tentang kehebatan malam tersebut yang lebih mulia berbanding 1000 bulan pada bulan yang lain.

Lain-lain ayat yang dikupas maksudnya termasuklah tentang manusia yang suka mencaci, mengeji dan yang leka mengumpulkan harta mereka sehingga lalai kepad perintah Allah,orang-orang kafir yang menyembah berhala, pengajaran Allah terhadap azab dan pembalasan terhadap tentera Abrahah yang ingin meruntuhkan kaabah, keamanan dan kedamaian negeri Mekah dengan limpahan kurnian Allah Taala dengan tersemai pelbagai buah-buahan seperti buah Tin, Zaitun dan Kurma dan diakhiri dengan ayat menyentuh kemudahan dan kelapangan kepada nabi Muhammad dan umatnya yang beriman bagi melaksanakan pelbagai urusan.

Justeru pastikan anda yang ingin berkongsi ilmu dan pengajaran ayat-ayat al Quran pastikan anda menonton Bicara Surah sepanjang Ramadan ini hanya di TV1.