BISKUT APA (TV3)



BISKUT APA (TV3)
EPISOD: 4 Episod
HARI: Setiap Sabtu
MASA: 5.30 Petang
MULAI: 6 Ogos 2011
SUMBER
: Ohbulan.com

SINOPSIS BISKUT APA (TV3)

Biskut raya merupakan salah satu elemen yang penting dalam sambutan Aidilfitri. Program ini mengisahkan seorang ibu (Amyza Adnan) yang tidak menang tangan mengambil tempahan biskut raya pelbagai resipi mengikut permintaan pelanggannya. Atas kesibukan membuat biskut raya hingga tiada masa bersama anak-anaknya, beliau mengambil inisiatif untuk mengajak sekali ahli keluarganya membuat biskut raya bersama-sama. Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mendidik anak-anak tentang kepelbagaian biskut dan juga memberi nasihat tentang soal kehidupan.

Saksikan rancangan ini yang akan bersiaran sebanyak 4 episod setiap hari Sabtu bermula 6 Ogos pada jam 5.30petang di TV3 dan lihat kerjasama antara ibu dan anak menjadikan tugas menyediakan tempahan biskut raya ini amat bermakna dan menyeronokkan!