CERAIYA ( 1 - 15 TAMAT)





Ceraiya ialah tajuk bagi siri drama Internet yang disiarkan oleh gua.com.my sempena menyambut bulan Ramadan 1429H (2008M).

WATAK CERAIYA ( 1 - 15 TAMAT)
KP (Tony Eusoff) dan Niki (Melissa Maureen Rizal)
Pasangan suami isteri yang agak tenat hubungan mereka sehingga hendak bercerai.
Bustamam (Riz Ainuddin)
Rakan sekerja KP.
Aish (Delila Adnan)
Rakan sekerja Niki.
Ayah Niki (Naiem Ghalili)
Ibu Niki (Nor Albaniah)
Mak KP (Kismah Johar)
Hulk Hogan (Yang Kassim)
Pakcik Horny (Sani Sudin)


TENGOK FULL DRAMA ONLINE CERAIYA ( 1 - 15 TAMAT)
= YOUTUBE CERAIYA

SINOPSIS DRAMA PENDEK 10 MINIT (CERAIYA)
CERAIYA EPISOD 1
Sehari sebelum puasa KP dan Niki meluahkan rasa kepada rakan pejabat mereka. Pada waktu sahur ganti puasa, KP tidak percaya isteri sendiri masak untuk diri sendiri sahaja.

CERAIYA EPISOD 2
KP dan Niki masih lagi meleterkan keburukan sesama sendiri di hadapan rakan masing-masing. Di tengah hari sebelum bermulanya puasa, Niki meluahkan hasratnya untuk bercerai.

CERAIYA EPISOD 3
Setelah setengah bulan berpuasa, pertelingkahan antara mereka masih lagi berlarutan. Mereka bersepakat untuk memberitahu ibu bapa Niki tentang keputusan mereka, namun lain pula jadinya.

CERAIYA EPISOD 4
Lebaran kian menjelang; KP dan Niki buntu untuk mendapatkan cara yang terbaik untuk berterus terang kepada ibu bapa masing-masing mengenai hubungan mereka.

CERAIYA EPISOD 5
Pergaduhan antara mereka masih lagi berlarutan hingga sehari sebelum raya, sehingga pula terpaksa memandu kereta masing-masing.

CERAIYA EPISOD 6
KP cuba bermaaf-maafan dengan Niki sambil mengimbas kembali peristiwa 'Insiden Sate' dua bulan sebelumnya.

CERAIYA EPISOD 7
Akhirnya KP dan Niki menaiki kereta bersama. Selama berjam-jam mereka hingar-bingar dalam kereta.

CERAIYA EPISOD 8
Niki yang memandu kereta telah menuju ke arah yang salah. Tiba di satu tempat, Niki memberhentikan kereta di tengah jalan.

CERAIYA EPISOD 9
Niki mempertikaikan tentang KP yang tidak pernah mempertahankannya dalam apa jua keadaan pun. Tiba-tiba telefon KP berdering, maka terpaksalah KP melayan ibunya yang garang.

CERAIYA EPISOD 10
Mereka menyambung perjalan dan masih bertengkar. Cerita sebenar disebalik kelewatan Niki sampai pada hari pernikahan mereka pun terbongkar.


CERAIYA EPISOD 11
Tiba-tiba seorang pakcik tua menahan kereta mereka seperti ingin menumpang. Niki meminta KP memberhentikan kereta itu dan membenarkan pakcik tua itu menumpang mereka. Rupa-rupanya pakcik ini ramai isterinya, maka gelarannya Pakcik Horny.


CERAIYA EPISOD 12
Pakcik Horny masuk ke dalam kereta. Niki dan KP cuba beramah mesra dengan Pakcik Horny itu. Mereka terkejut kerana Pakcik Tua itu amat gatal seperti orang amat pelik. Pakcik Tua mengajak mereka menghantarnya ke sebuah rumah.

CERAIYA EPISOD 13
Pakcik Horny makin menunjukkan kegatalannya dan cuba meneka Niki hamil. Niki dan KP mula lemas dengan Pakcik Horny lalu mencari jalan untuk meninggalkannya.

CERAIYA EPISOD 14
Pakcik Horny yang gatal berjaya ditinggalkan. Kini Niki dan KP berdua semula lalu menyambung perjalanan mereka. Mereka terpaksa berbuka puasa dalam kereta setelah sesat jalan sepanjang hari.

CERAIYA EPISOD 15 (TAMAT)
Pakcik Horny berjaya mengejar mereka semata-mata untuk mendapatkan kembali kaki palsunya yang tertinggal dalam kereta mereka. KP dan Niki akhirnya berbaik-baik setelah mengetahui Niki mengandung. Pada pagi Syawal mereka pun tiba di rumah ibu KP.