THE COLONY (8TV)


THE COLONY
TARIKH SIARAN: 13 JULAI 2011
HARI: RABU
MASA: 10.00 MALAM
EPISOD: 10
BAHASA: INGGERIS
SUMBER: BUDIEY.COM



SINOPSIS THE COLONY
Sepuluh sukarelawan berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas dunia dilanda malapetaka. Selama sepuluh minggu, sepuluh sukarelawan harus menempuhi kehidupan dalam keadaan yang sukar dengan bangunan-bangunan terbiar, jalan yang kosong dan suasana yang suram.

Program yang mengambil masa satu jam ini akan memberikan penonton pengalaman baru yang membuatkan semua tertanya-tanya bagaimana “kita” akan terus hidup dalam keadaan dunia selepas dilanda malapetaka. Menjaga keselamatan dari ancaman-ancaman luar dan mencari sumber makanan dan air adalah asas untuk meneruskan hidup dalam apa jua keadaan. The Colony akan memperlihatkan kepada penonton keperluan manusia untuk meneruskan hidup dan membina semula kehidupan manusia.

The Colony merupakan program yang yang berbeza dari program-program lain kerana program ini banyak menonjolkan elemen-elemen kejutan dalam setiap episod. Kesusahan yang ditonjolkan oleh mereka dalam menjana kuasa elektrik, membina senjata-senjata untuk keselamatan dan memelihara tempat tinggal akan membuka mata kita semua sekaligus bersyukur dengan nikmat yang telah kita dapat selama kita hidup di muka bumi ini.

Kehilangan salah satu sukarelawan telah mengancam keharmonian antara sukarelawan-sukarelawan lain. Mereka gigih mencari alat-alat komunikasi dengan harapan dapat mencari sukarelawan yang hilang. Kedatangan ahli-ahli baru dalam program ini juga akan menimbulkan kekecohan sesama mereka dalam mengharungi cabaran-cabaran untuk meneruskan hidup.

Rancangan untuk melepaskan diri dari penempatan yang mencabar itu tidak semudah yang disangkakan kerana mereka terpaksa melepasi cabaran-cabaran yang menguji mereka. Program yang penuh dengan elemen-elemen suspen ini akan dapat menarik minat penonton untuk mengikuti episod seterusnya.