DI PINTU MAHLIGAI (TV2)


DI PINTU MAHLIGAI (TV2)
TARIKH: 22 Ogos 2011,
MASA: 1.30 petang di TV2.
PELAKON: Roy Azman dan Abby Abadi, Yatt Hamzah, Farid Amirul dan Liza Abdullah
SUMBER: Budiey.com



SINOPSIS DI PINTU MAHLIGAI (TV2)
Di Pintu Mahligai menonjolkan kisah Ellie, seorang isteri yang setia dan ibu yang prihatin serta penyayang berkorban dan mengangkat tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sebagai satu profession yang paling dimuliakannya.

Namun begitu pengorbanannya tidak dihargai oleh suaminya yang secara tidak lansung tidak dapat menerima kenyataan tentang perubahan hidup dari masa ke semasa yang mereka perlu alami. Amir, suaminya berfikiran bahawa Ellie sudah tidak lagi pandai menjaga penampilan dirinya kerana terlalu sibuk dengan tugasnya menguruskan rumahtangga walhal Amir sebenarnya tidak lagi melihat Ellie seperti masa mula mereka bercinta dahulu kerana merasa bosan dan mahu lari dari kenyataan rumahtangganya yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar.

Keadaan menjadi semakin ketara apabila Nani setiausaha baru di pejabatnya mengambil kesempatan untuk memikatnya. Mansor sahabat baik Amir dan Ellie sejak dari zaman universiti dahulu menentang keras dengan perubahan sikap Amir kerana Amir cuba mensia-siakan Ellie yang pada suatu masa dahulu adalah juga wanita idaman Mansor.

Akhirnya keputusan Amir untuk mengahwini Nani bertukar menjadi satu rahmat apabila Amir tiba-tiba insaf dan bertukar fikiran setelah mendapat bayangan rumahtangganya yang telah berkecai. Lalu adakah jalan kembali ke pangkuan Ellie begitu mudah diperolehinya? Sudikah Ellie memaafkan kesalahan yang di lakukan? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.