KELONG KASIH (TV2)


KELONG KASIH (TV2)
TARIKH: 28 Ogos 2011,
MASA: 10.00 malam
SLOT: Sinema Ahad di TV2.
PELAKON: Mas Muharni (Lara Suriani), Rahim Omar (Farid / Tuan Kelong), Rosnah Johari (Raihan / ibu Suriani), Rashidah Jaafar (Laili / Isteri Pak Jalal), Mubarak Majid (Pak Jalal / Penjaga Rumah Anak Yatim), Shasha Al Khred (Azimah / Kawan Suriani) dan Bil Azali (Zairi / Kawan Suriani).
SUMBER: Budiey.com



SINOPSIS KELONG KASIH (TV2)
Kelong Kasih mengisahkan Lara adalah antara pelatih praktikal Universiti Islam Antarabangsa yang memilih kelong sebagai bahan kajian. Usahanya dibantu oleh Pak Jalal iaitu pekerja dan orang kepercayaan Farid, persinggahan Lara di rumah anak yatim Permata Camar seolah-olah member petanda tentang siapa dirinya yang selama ini juga tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah.

Lara diuji dengan kehebatan suasana kelong yang terasing dari daratan. Mengapa kelong ini masih rasional kepada Farid seorang usahawan berjaya menjadi persoalan besar buat Lara. Raihan ibu Lara menyimpan kenangan yang tak pernah diceritakan kepada sesiapa. Persoalan itulah juga yang mambawa Lara untuk mencari dan mendasari asal usul siapa dirinya.
Raihan mula resah dengan perubahan Lara semenjak pulang dari kelong. Raihan yang tidak selesa dengan perubahan semakin terbeban apabila mendengar nama Farid dari mulut Lara. Lara yang menaratifkan kemanusiaannya, melihat kelong sebagai lambang kasih sayang. Kelong yang pada awalnya hanyalah didasari kehendak manusia dan alam akhirnya, kelong sebuah tempat pertemuan yang terasing dari daratan tidak boleh lari dengan gelora dikelilingnya.

Kelong Kasih bakal menemui penonton pada 28 Ogos 2011, jam 10.00 malam mengisi slot Sinema Ahad di TV2.