THE MATRIMONY (8TV)


THE MATRIMONY (8TV)
Tarikh siaran: 20 Ogos 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30pm – 10.30 malam
Bahasa: Kantonis
Dibintangi oleh: Leon Lai, Rene Liu, Fan Bingbing



SINOPSIS THE MATRIMONY (8TV)
‘The Matrimony’ merupakan kisah cinta lara di antara Jun Chu dan Man Li. Jun Chu mula mengasingkan diri dan hanya duduk di rumah agam miliknya tanpa memikirkan dunia luar sejak kematian Man Li. Man Li merupakan kekasih Jun Chu dan mereka merancang untuk berkahwin namun segalanya musnah apabila Man Li terlibat dalam sebuah kemalangan tragis.

Ibu Jun Chuu yang risau dengan keadaan Jun Chu telah mengaturkan perkahwinan beliau dengan Sansan dengan harapan beliau akan melupakan Man Li dan memulakan hidup baru namun usaha ibunya ternyata gagal. Namun roh Man Li masih berkeliaran di rumah agam itu dan merasuk dan masuk ke jasad Sansan. Apakah yang bakal terjadi kepada Sansan? Saksikan kesudahan kisah cinta tragis ini dalam The Matrimony.