NANCY DREW (8TV)



NANCY DREW (8TV)
Tarikh siaran: 25 Ogos 2011
Masa: 10.00 malam
Pelakon: Emma Roberts



SINOPSIS NANCY DREW (8TV)

Nama Nancy Drew sememangnya cukup dikenali ramai dengan pengembaraan dan kehebatan beliau menyelesaikan kes-kes jenayah. Detektif muda ini mempunyai buah fikiran dan cara tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu misteri dan situasi. 8TV dengan bangganya membawakan kepada anda heroin terkenal “Nancy Drew” di mana beliau akan ke Los Angeles untuk menyelesaikan beberapa kes yang rumit dan mencabar. Drew meninggalkan rakan-rakan dan River Heights untuk menyambung pengajian di Hollywood High School. Personaliti dan stail beliau yang unik membuatkan beliau begitu cepat dikenali ramai.

Walaupun Drew telah berjanji dengan bapa beliau untuk tidak lagi terlibat dalam mana-mana penyiasatan, beliau akhirnya terjebak dalam siasatan kes bunuh pelakon popular Dehlia Draycott. Semua ini bermula apabila Drew tinggal di rumah agam milik Draycott dan beliau mula mengalami peristiwa-peristiwa pelik dan mula melalukan penyiasatan. Berjayakah Drew meyelesaikan misteri di sebalik pembunuhan Draycott? Ikuti pengembaraan penuh suspend dalam “Nancy Drew” pada 25 Ogos 2011 (Khamis) jam 10.00 malam di 8TV.