NUR AR-RAHMAN (TV2)


NUR AR-RAHMAN
Tarikh: 19 Ogos 2011,
Masa: 1.30 petang
Pelakon: Hishamuddin Ahmad sebagai Rahman; Harlym Yeo sebagai Rahim Lee; Corinne Adrienne sebagai Siti Khadijah Wong dan Watie Sadali sebagai Saerah,



SINOPSIS NUR AR-RAHMAN
bermula kisahnya dengan memaparkan plot di mana kehidupan Rahman penuh pancaroba. Ketandusan kasih sayang keluarga. Kekusutan jalinan kekeluargaan. Tiada bimbingan agama. Pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.

Sementara itu satu hari Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.

Rahim Lee pula menghadapi dilema dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya. Antara dua watak si jelita, siapa pilihan si jejaka? Siti Khatijah terserlah kejelitaannya berlandaskan keagamaan. Manakala Saerah pula terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan.

Rahim Lee yang terjerat untuk memilih antara satu? Atau dia akan memilih kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Atau pun, Rahim Lee akan membiarkan kedua-duanya bebas tanpa ikatan dan dia kembali kepada keluarga Lee nya?