ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR (TV AL-HIJRAH)



ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR (TV AL-HIJRAH)
MULAI 12HB OGOS 2011
HARI: SETIAP JUMAAT
MASA: 9.30 MALAM
SUMBER: BUDIEY.COM

SINOPSIS ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR (TV AL-HIJRAH)
ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR merupakan sebuah dokumentari berorientasi drama yang mengikuti jejak seorang wanita bukan Islam dari Amerika Syarikat yang terbang ke Malaysia bagi menyahut cabaran dan merasai sendiri pengalaman mengerjakan Puasa di bulan Ramadan. Kisah bermula apabila Lydia Perr, seorang gadis bukan Islam yang menetap di New York terbaca tawaran menarik di Forum Pengembaraan “Lonely Planet” yang mencari seorang bukan Islam untuk merasai pengalaman berpuasa bulan Ramadhan di Kuala Lumpur.

Bapa Lydia dibesarkan sebagai yahudi, ibunya beragama Kristian dan semasa kecil dia dan adiknya menghadiri gereja Unitarian. Dia baru sahaja berhenti kerja sebagai Pakar Perunding Risiko dan bercadang untuk mengembara. Lydia tidak pernah datang ke Malaysia dan tidak banyak pengetahuan tentang Islam.

Meskipun ramai sahabat dan keluarga memberi amaran tentang orang Islam, namun sifatnya yang gemarkan cabaran mengatasi segala kebimbangan lalu dia menyahut tawaran itu. Di Kuala Lumpur, Lydia tinggal bersama Idris dan keluarganya. Selama sebulan dia bersahur, berpuasa, dan berbuka bersama-sama keluarga tersebut. Dia turut menyaksikan segala aktiviti dan amalan yang dilakukan umat Islam sepanjang bulan Ramadhan.

Hari berlalu, perspektif Lydia mula berubah dan dia melibatkan diri secara lansung di dalam berbagai aktiviti bulan Ramadhan yang sangat istimewa kepada umat Islam di Malaysia. Antara pengalaman menarik yang dialaminya ialah berniaga di Bazar Ramadhan, membuat dodol, lemang, dan mengendalikan majlis iftar bersama anak-anak yatim. Dia juga turut melawat Masjid negara serta melihat umat Islam mengerjakan ibadah Terawih dan Tadarus.

Semakin hampir ke penghujung Ramadhan, keraguan Lydia ternyata tidak benar. Dia bertemu rakan dan keluarga baru. Dia juga mula memahami keindahan Ramadhan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mahu pun diluahkan dengan kata-kata. Keindahan yang hanya dapat dinikmati oleh mereka yang telah mengalaminya.
Ikuti perjalanan Lydia Pierr dan rasai sendiri ikatan kasih sayang dan kekeluargaan yang wujud diantara mereka.