SEHARUM KENANGA (TV2)



SEHARUM KENANGA
Hari: setiap Isnin hingga Khamis
mulai 4 Ogos 2011,
Masa: 12.30 tengah hari di TV2
pelakon: Janet Khoo, Faizal Hussein, Rosnah Johari, Mahyon Ismail, Fadhilah Mansor, Shahruddin Thamby dan Nabila Nur Naquiyah
Episod: 26 episod
Sumber: Budiey.com



SINOPSIS SEHARUM KENANGA
Seharum Kenanga mengisahkan Dania seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh ibu saudaranya. Oleh itu dari alam remaja lagi Dania sudah hidup berdikari dan berkeyakinan tinggi. Dania menjadi model dan seterusnya menjadi pelakon terkenal.

Dia berkahwin dengan Omar, seorang arkitek muda yang berjaya. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta sangat bahagia namun Omar adalah seorang yang sangat kedekut. Lantaran itu kadangkala Dania tidak dapat memenuhi segala kehendaknya.

Dania kemudiannya telah memberi idea kepada suaminya untuk membuka Firam Arkitek. Mereka bahagia dan dikurniakan dua orang anak di samping perniagaan yang semakin maju. Namun, bahagia tidak lama apabila Dania terlibat dalam kemalangan. Lebih malang lagi kemalangan itu menyebabkan Dania menjadi cacat.

Konflik berlaku apabila sikap Omar berubah dan dia menjadikan alasan isterinya cacat untuk berpoligami. Bagaimanakah Dania mengharungi konflik itu? Saksikan plot-plot menarik penuh pengajaran ini hanya di TV2 yang menampilkan tema Gemilang Ramadan sempena Ramadan ini.