SEKILAS QALBU (TV9)


SEKILAS QALBU (TV9)
Tarikh: 10 Ogos 2011,
Masa: 8.30malam
Pelakon: Zamarul Hisham, Diana Rafar, Norman Hakim, Fimie Don.



SINOPSIS SEKILAS QALBU (TV9)
Mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Syira, lakonan Diana Rafar dan suaminya Azhar (Norman Hakim) yang dikurniakan seorang anak lelaki yang cacat penglihatan. Sebelum berkahwin dengan Azhar, Syira mempunyai seorang kekasih tetapi mendapat halangan daripada keluarga. Suatu hari, Syira dan keluarga telah keluar makan di restoran.

Anaknya disuap oleh pembantu rumah dan ketika menikmati hidangan itu, muncul beberapa orang buta yang meminta sedekah. Syira tidak kedekut menghulurkan derma kepada mereka.

Tiba orang yang terakhir, Syira tergamam kerana seperti mengenali lelaki tersebut. Puas Syira cuba mengingatinya sehinggalah Syira membuat keputusan untuk mencari semula orang buta tersebut. Perbuatan Syira membuatkan Azhar menjadi hairan dan cemburu. Siapakah lelaki itu kepada Syira?