SINGGAH SAHUR (TV3)



SINGGAH SAHUR (TV3)
HARI: setiap hari Jumaat dan Sabtu
MASA: 12.35 pagi
EPISOD: 7 episod
MULAI: 5 Ogos

SINOPSIS SINGGAH SAHUR (TV3)

Bersesuaian dengan konsep ”Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima”, program Singgah Sahur meneruskan kesinambungannya dengan mendekati kumpulan atau individu yang kurang bernasib baik dengan menyampaikan sedikit sumbangan dan seterusnya mengerjakan ibadah sunnah dengan menjamah hidangan sahur bersama mereka. Rancangan ini yang ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 12.35 pagi akan disiarkan sebanyak 7 episod bermula 5 Ogos ini. Pada penonton yang tidak berkesempatan untuk menonton rancangan ini, siaran ulangan akan ditayangkan pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 5 petang mulai 6 Ogos di TV3.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sekali lagi Ally Iskandar bersama personaliti TV3 yang lain seperti Nor Azzura Azizul Azman, Fiza Sabjahan, Nurul Syuhada, Azizah Ariffin, Teh Syuhada, Ahmad Fedtri Yahya, Hazrena Kassim, Zainal Ariffin, Hazlin Hussain, Syarida Sharif dan Aidid Marcello bakal singgah ke Hospital Sungai Buloh untuk bertemu dan bersahur bersama insan-insan gelandangan (tiada rumah) di Anjung Singgah Yayasan Kebajikan Negara, mangsa-mangsa tanah runtuh di Pusat Latihan Yadim, Penjara Kajang Wanita, Kompleks Anak-anak Fakir Miskin Al Hasanah Klang, Perkampungan Etnik di Sarawak, peneroka Felda Ijuk, Stesen KTM dan Puduraya Kuala Lumpur serta banyak tempat lagi.

Istimewanya rancangan Singgah Sahur kali ini, episod pertama (1 jam) akan disiarkan secara langsung pada 31 Julai jam 12.35 pagi di Hospital Sungai Buloh, Selangor dan episod akhir (1 jam) pula akan disiarkan secara langsung pada 28 Ogos jam 12.35 pagi di Hentian Puduraya.