UMME (TV AL HIJRAH)

UMME (TV AL HIJRAH)
DRAMA THAILAND
MULAI 1HB OGOS 2011
HARI: SETIAP ISNIN- KHAMIS
MASA: 6.00PETANG
SUMBER: BUDIEY.COM
EPISOD: 22 EPISOD



SINOPSIS UMME (TV AL HIJRAH)
UMME merupakan sebuah siri drama pertama Thailand yang berunsurkan Islam yang telah berjaya mendapat sambutan baik daripada penonton di Thailand. Umme mengisahkan perjalanan kehidupan seorang wanita, ibu dan juga balu yang kehilangan suaminya sewaktu insiden pemberontakan di Thailand. Memikul tanggungjawab untuk membesarkan 2 orang lelaki dan ibu tirinya, Umme tidak pernah putus asa dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan. Saksikan drama bersiri Umme yang pertama kalinya disiarkan di televisyen Malaysia.

Berlatar belakangkan tragedi Tak Bai di Narathiwat pada 2004, drama ini mengangkat perjuangan seorang ibu untuk membesarkan dua anaknya setelah suaminya mati dalam rusuhan.

Perjuangan Umme ialah untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pendidikan, membesar sebagai warga profesional dan menjadi aset kepada pembangunan negara. Tema filem ini, ialah aspirasi seorang ibu untuk menjadikan ilmu pengetahuan sebagai jalan keluar kepada kemiskinan keluarganya, sekaligus memberikan kita impak untuk memahami persekitaran pemikiran umat Islam Thailand.