3 GEGARAN (DOWNLOAD)

3 GEGARAN
Tarikh: 4 September
Hari: Ahad
Masa: 5.00 petang
Sumber: budiey.com

DOWNLOAD 3 GEGARAN (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS 3 GEGARAN (TV3)

3 GEGARAN telah menyediakan tiga buah mini stage yang berasingan di dalam studio Sri Pentas 2 ini bersesuaian dengan corak dan rentak persembahan yang ingin ditampilkan oleh May, Lefthanded dan XPDC.”

Sebagai pembukaan, nantikan kemunculan Kumpulan XPDC program menghangatkan suasana di studio membawakan lagu “Selendang Merdeka” dan diikuti oleh Kumpulan Lefthanded membawakan lagu “Debunga Wangi” sebelum Kumpulan May menutup segmen pertama menerusi lagu “Hakikat Perjuangan”.

Segmen kedua pula memberi peluang kepada para peminat untuk mengimbau kembali kenangan silam dan sama-sama mengharungi kisah suka dan duka ketiga-tiga kumpulan bukan sahaja menerusi lagu-lagu yang didendangkan tetapi turut diselang-selikan dengan klip dan footage ketiga-tiga kumpulan di waktu zaman kegemilangan lewat tahun 80’an dan awal 90’an dahulu.

Kumpulan May akan membawakan medley “Dari Kacamata” atau “Pelayaran” dan lagu keramat mereka “Cintamu Mekar Di Hati” / “Sinar”. Sememangnya dinanti-nantikan, tiba giliran Kumpulan Lefthanded pula membuai perasaan semua yang hadir menerusi medley “Ku Di Halaman Rindu” / “Tiada Lagi Kidungmu”. Kumpulan XPDC pula meneruskan hiburan di malam mini dengan medley “Semangat Yang Hilang” / “Apa Nak Dikata” dan disusuli dengan “Talam Dua Muka” / “Hidup Bersama”.

Tidak lengkap rasanya tanpa kemunculan istimewa ketiga-tiga kumpulan di atas pentas bersama-sama menyanyikan lagu penutup bagi mengakhiri program muzikal Raya kali ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan finale istimewa Mus, Nash dan Mael yang telah memilih lagu keramat Kumpulan Deep Purple, “Smoke On The Water” sebagai halwa telinga terakhir khas buat para peminat di studio dan juga di rumah.