ABDUCTION (DOWNLOAD)

FILEM: Abduction
ARAHAN: John Singleton
PELAKON: Taylor Lautner, Lily Collins, Sigourney Weaver, Maria Bello, Elisabeth Röhm, Alfred Molina, Michael Nyqvist, Jason Isaacs, Freema Agyeman
GENRE: Aksi, thriler, misteri
TAYANGAN: 22 September 2011
ULASAN: Harian Metro



DOWNLOAD ABDUCTION TSRiP MKV
MEDIAFIRE = PART1, - PART2, - PART3
Kredit: teamgempak
# TSRIP - TELESYNC (TS) adalah video dari record video cam dan suara sound dari sumber recod yang lain. Cameraman professional yang menghasilkan video berqualiti tinggi

SINOPSIS ABDUCTION
KEPADA yang sukakan gaya tangkas bintang filem Twilight, Taylor Lautner, saksikan lakonannya dalam filem lakonan terbarunya, Abduction. Memegang peranan Nathan Price dalam filem itu, dia dilatih bapa angkatnya, Kevin (Jason Isaacs) menjadi pemuda yang sasa dan hebat dalam ilmu seni mempertahankan diri. Dia tangkas melawan setiap 'serangan' yang datang daripada Kevin kerana di luar filem dia sudah belajar seni mempertahankan diri sejak usianya tujuh tahun.

Perjalanan cerita yang lancar dan menarik apabila secara tidak sengaja Nathan baru tahu yang dia adalah anak angkat kepada Kevin dan isterinya Mara (Maria Bello). Walaupun Nathan anak angkat, namun mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatannya dan perkara itu menjadi tanda tanya kepada Nathan.

Rahsia siapa Nathan yang sebenar terbongkar apabila dia dan rakan kolejnya diminta membuat kajian mengenai kes kehilangan kanak-kanak di Amerika Syarikat dan menerusi pencarian di internet, dia terjumpa gambarnya sendiri iaitu ketika dia masih kanak-kanak.

Atas dasar untuk mempertahankan rahsia negara, bapanya, Martin terpaksa menyerahkan Nathan di bawah jagaan Kevin dan Mara selepas ibunya dibunuh.

Anda pasti tidak akan kecewa menonton filem ini. Ia turut menyelitkan bibit cinta antara Nathan dengan Karen (Lily Collins) rakannya sejak kecil sehingga mereka memasuki kolej yang sama. Mereka juga tinggal berjiran.