BRIDESMAIDS



BRIDESMAIDS
PELAKON: Kristen Wiig, Maya Rudolph, Rose Byrne, Chris O’Dowd, Ellie Kemper, Wendi McLendon-Covey, Melissa McCarthy, Matt Lucas, Jill Clayburgh, Rebel Wilson, Michael Hitchcock
Genre: Komedi
TAYANGAN: 8 September 2011
ULASAN : Gua.com

SINOPSIS BRIDESMAIDS
Watak Annie mewakili sifat lemah wanita apabila berdepan dengan lelaki. Dia membiarkan dirinya dijadikan alat oleh lelaki hanya kerana dia seorang kacak, berkerja, punya rumah mewah dan kereta mahal. Kiranya lelaki cukup sempurna untuk hidup senang hingga menutup segala sifat buruknya. Sehinggalah Annie bertemu polis peronda yang serba sederhana tetapi bertanggungjawab dan realisitik

Kekosongan jiwa Annie akibat lelaki dan kerjaya tidak menentu membuatkan hidupnya kucar-kacir. Dia pernah membuka kedai kek bersama teman lelaki tetapi ditutup setelah ditinggalkan. Dia akhirnya bekerja di kedai aksesori sahabat ibunya. Tinggal pula serumah dengan pasangan adik-beradik aneh.

Keadaan jadi bertambah buruk apabila teman baiknya Lillian mengumumkan dia dilamar teman lelaki. Annie melepaskan bebanan hatinya pada setiap acara dilangsungkan untuk Lillian. Terutama kepada teman baru Lillian yang hidupnya lebih sempurna dan cantik, Helen. Malah, setiap watak pengapit lain punya kisah tersendiri.

Bagaimana Annie berjauh hati kerana melihat keakraban Lillian dengan sahabat barunya Helen akhirnya dapat diatasi. Jangan lupa ke pawagam untuk menonton Bridesmaids bermula 8 September 2011