DRIVE

FILEM: Drive
ARAHAN: Nicolas Winding Refn
PELAKON: Ryan Gosling, Carey Mulligan, Albert Brooks, Ron Perlman, Oscar Isaac, Kaden Leos dan Bryan Cranston
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 29 September 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Metro ahad)



SINOPSIS DRIVE
Mengisahkan lelaki bernama Driver (Gosling) yang kurang bercakap tapi sebaik memegang stereng kereta, dia berjaya menonjolkan kelebihannya. Dengan bakat dimiliki, dia bersama pengurus yang juga rakan baiknya Shannon (Bryan Cranston) cuba mendapat apa saja kerja membabitkan pemanduan kereta.

Selain diberi peluang menjadi pemandu stunt dalam penggambaran filem, dia menerima tugasan sebagai pemandu aktiviti jenayah.

Rancangan terbaru Shannon ialah cuba mendapatkan pembiayaan untuk membawa Driver ke litar lumba. Untuk menambah warna dalam plot, watak Bernie Rose, seorang usahawan serta rakan sekutunya, Nino muncul untuk menjadi penaja.

Irene (Carey Mulligan), gadis biasa yang tinggal berjiran dengannya. Driver jatuh cinta dengan Irene yang mempunyai seorang anak lelaki. Filem ini patut ditonton mereka yang mencari kelainan dalam filem aksi.Tambahan pula, suntikan estetika dalam corak filem seni pasti membuai perasaan penonton. Lantas dalam hati penggemar filem aksi lasak pasti akan ada taman bunga yang mekar.