GEGAR RAYA KAMPUNG PENING LALAT (DOWNLOAD)



GEGAR RAYA KAMPUNG PENING LALAT
MASA: 9:00pm
HARI: JUMAAT (RAYA KEEMPAT)
TARIKH: 02 SEPTEMBER 2011
artis jemputan : Azlan And The Typewriter, Dayang Nurfaezah dan kumpulan Sepah.

DOWNLOAD GEGAR RAYA KAMPUNG PENING LALAT
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS MUSIKAL KOMEDI GEGAR RAYA KAMPUNG PENING LALAT (TV1)
Sketsa komedi yang berlatar belakangkan Kampung Pening Lalat. Mengisahkan Pak Mat (Saiful Apek) menanti anak perempuannya (Siti Nurhaliza) yang berkhidmat sebagai askar wataniah pulang berhari raya. Sketsa ini turut diselitkan dengan lagu-lagu Raya dan lagu-lagu Merdeka seperti Sesuci Lebaran, Raya Setahun Sekali, 31 Ogos dan lain-lain.

penonton dikejutkan dengan kemunculan penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza yang tampil lengkap beruniform celoreng diiringi lapan anggota tentera berkawad masuk ke dalam auditorium sambil menyampaikan lagu Balik Kampung yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Menariknya, program ini bukan saja dilatari dengan suasana keraian Aidilfitri, sebaliknya diselitkan babak dan lagu berunsur patriotik sempena Hari Kemerdekaan ke-54 yang turut disambut hujung bulan ini.

Untuk segmen itu, Siti menghiburkan penonton dengan lagu Bahtera Merdeka dan Radio Malaysia, termasuk lagu raya wajib Nazam Lebaran serta Sesuci Lebaran.

Pada malam itu, Siti turut memberi persembahan bertenaga melalui lagu Falling In Love diiringi penari latar.

Kemunculan Dayang turut mendapat perhatian ramai apabila dia mendendangkan lagu Setahun Sekali. Malah Azlan yang tampil dengan vokal mantap secara bersahaja menyampaikan lagu Cahaya di Aidilfitri.

Penonton yang hadir turut diundang menyertai acara sukaneka seperti Acara Pukul Telur, Anyam Ketupat, Lipat Songket dan Pecah Belon Raya.

Sebagai penutup, lagu Tanggal 31 dan Selamat Hari Raya yang dipopularkan Allahyarham Puan Sri Saloma dinyanyikan semua artis yang menjayakan program. Gegar Raya Kampung Pening Lalat akan disiarkan pada 2 September ini pada jam 9 malam di TV1.