HUJAN TAK BERHENTI (TV1)

Hujan Tak Berhenti
TARIKH: 16 September 2011
MASA: 3.05 petang di
PELAKON: Syed Ali, Hafiz Nafiah, Naufarah Yasin, Emma AF8, Jalius Jaidin dan Lana Nodin
SUMBER: Budiey.com



SINOPSIS HUJAN TAK BERHENTI (TV1)
Hujan Tak Berhenti mengambil latar lokasi Kundasang dan Ranau di Sabah. wataka utama bernama Aman berasa sangat terganggu apabila melihat tapak sebuah jambatan usang terbengkalai di kampung sahabatnya Marsha. Apatah lagi, dia menjadi mangsa memikul rakannya Elly yang tercedera berbatu-batu akibat ketiadaan jalan alternatif untuk ke kampung Marsha. Aman nekad untuk cuba memperbaiki jambatan usang di kampung Marsha. Aman disanjung kerana menunjukkan karisma seorang lelaki membuatkan Rosli tidak senang duduk membaca peluangnya untuk memikat Elly tertutup oleh karisma Aman.

Di masa yang sama, adik Marsha, Bella, mencari seorang guru tari yang mampu membetulkan langkah sumbang mereka dalam tarian Zapin. Bella optimis, kelainan tarian yang dibawakannya bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang pertama mampu memikat juri-juri di hri persembahannya, malangnya, Bella dan rakan-rakannya hanya berani berlatih di dalam persembunyian, bimbang tarian yang dicubanya mengguriskan hati Alan, sepupunya yang berpengaruh dalam tarian tradisional kampung dan pada pandangannya sangat ortodoks. Aman hadir cuba menyelesaikan masalah Bella walaupun dia tidak arif tentang tarian Zapin dan terpaksa meminta bantuan Rosli yang lebih kemas dan hebat dalam tarian Zapin.

Segala yang disimpul mula terbelit apabila Rosli menjadi duri dalam daging terhadap usaha Aman. Rosli sangat tidak berpuas hati apabila karisma Aman semakin disanjung. Apatah lagi, gadis yang disukainya mula memendam rasa terhadap Aman. Rosli mula merancang untuk mematahkan setiap usaha murni Aman tetapi dengan cara yang lebih halus dan lebih tajam. Dia mencagarkan persahabatan yang dibina sebagai batu galas untuk melunaskan kesumat jiwanya. Adakah Aman akan tewas dengan permainan Rosli? Ataupun Rosli yang terjerat di dalam permainannya?