JOHNNY ENGLISH REBORN (DOWNLOAD)



FILEM: Johnny English Reborn
ARAHAN: Oliver Parker
PELAKON: Rowan Atkinson, Rosamund Pike dan Dominic West
GENRE: Komedi aksi
TAYANGAN: 15 September 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Metro ahad)




DOWNLOAD JOHNNY ENGLISH REBORN CAMRiP MKV | 393 MB
MEDIAFIRE = PART1 - PART2
Kredit: teamgempak
# CAMrip - video dari record video cam di panggung wayang yang menghasilkan video berqualiti rendah, suara gambar kurang jelas (QUALITI PALING TERUK)

SINOPSIS JOHNNY ENGLISH REBORN
Mengisahkan ejen rahsia yang kembali beraksi susulan keadaan yang memaksa. Pada awalnya, Johnny mahu melupakan tugas lamanya dengan melakukan tugas normal untuk mencari diri sendiri.

Namun atas arahan Perkhidmatan Rahsia Diraja, dia terpaksa keluar daripada tempoh rehatnya untuk menghentikan sekumpulan pembunuh upahan antarabangsa yang mahu membunuh pemimpin dunia bagi mengkucar-kacirkan negara.

Penulis terimbas semula plot filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 di mana Mr Bean yang bodoh alang dihantar mengetuai misi menghantar lukisan berharga daripada Muzium Seni London ke Amerika Syarikat. Cuma dalam Johnny English, dia lebih bijak dan mampu beraksi serta bukan menjadi Mr Bean, si bodoh alang.

Rowan Atkinson tidak pernah mengecewakan peminat. Biarpun masih pada wajah Mr Bean, Atkinson bijak membuang jauh watak itu lalu menggeletek penonton sebagai Johnny. Lantas memberi ruang jenaka baru kepada peminat setianya.

Ragam Johnny ketika dihipnosis menyukarkan penonton untuk duduk diam kerana setiap aksi Johnny terlalu menggelikan hati. Ada saja adegan tak kering gusi memenuhi ruang plot.