KALI KEDUA (1-13 TAMAT)


KALI KEDUA (TV9)
Mula Tayangan: 8 September 2011
Episode: 13 episod
Hari Tayangan: Khamis,
Masa Tayangan: 8.30 malam
Pelakon: Anne Ngasri, Ridzuan Hashim, Dian P.Ramlee , Hana Harun, Faralyna dan Nas-T
MENGGANTIKAN DRAMA : IMPIAN RAYA EMELYN (1 - 6 tamat)

DOWNLOAD DRAMA KALI KEDUA (TV9)
Kali Kedua Episod 1 = DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 2 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 3 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 4 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 5 = DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 6 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 7 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 8 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 9 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 10 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 11 =
DOWNLOAD
Kali Kedua Episod 12 = DOWNLOAD

Kali Kedua Episod 13 =
DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS DRAMA KALI KEDUA (TV9)
Tiada apa yang dapat memisahkan hubungan cinta Faralyna dan Nas-T. Namun, godaan daripada wanita sepejabat Nas-T telah membuatkan dia mengkhianati cinta Faralyna. Keadaan ini membuatkan Faralyna berada dalam keadaan trauma kerana amat menyayangi Nas-T, namun akhirnya dia redha.

Faralyna yang memegang watak sebagai Qaseh merupakan kekasih kepada Reza, lakonan Nas-T. Perpisahan mereka adalah disebabkan oleh orang ketiga. Qaseh amat kecewa namun lama-kelamaan kehadiran Zarin iaitu abang kepada sahabat baiknya Rina sedikit sebanyak mengubati kekecewaan Qaseh. Zarin banyak memberi peransang kepada Qaseh dan sentiasa membantu Qaseh mendekatkan diri kepada Allah.

Akhirnya Qaseh dan Zarin menjadi pasangan kekasih. Namun, suatu hari Zarin amat terkejut apabila melihat kemunculan Reza dalam keadaan yang tidak terurus. Reza baru sedar yang dia telah memilih pasangan yang salah kerana Amira yang menjadi orang ketiga itu merupakan seorang yang suka berfoya-foya. Reza menagih cinta Qaseh semula namun dihalang oleh Zarin. Ini membuatkan Qaseh berada di dalam keadaan dilemma kerana kasihnya terhadap Reza masih menebal. Zarin tidak mahu menghalang Qaseh untuk menerima cinta Reza untuk kali kedua kerana tidak sanggup melihat Qaseh kecewa dan serba salah.

Demi kasih dan sayangnya pada Qaseh, Zarin sanggup mengorbankan cintanya dan melupakan Qaseh. Qaseh akhirnya membawa Reza bertemu dengan ibu dan bapanya namun kebetulan pula Reza tidak sempat bertemu dengan bapa Qaseh kerana ada urusan penting. Kemudian Reza pula membawa Qaseh bertemu dengan ibu dan bapanya. Ibu Reza amat menyukai Qaseh sehinggalah tiba-tiba bapa Reza menjerit nama Qaseh. Seisi rumah yang tadinya penuh dengan gelak tawa tiba-tiba senyap dan terpaku mendengar bapa Reza menjerit memanggil Qaseh. Bagaimana bapa Reza mengenali Qaseh dan apakah hubungan mereka berdua? Segala persoalan pasti terjawab apabila anda menonton dari awal hinggalah ke episod ke-13 drama ‘Kali Kedua’ menerusi slot Aurora ini pada setiapKhamis, jam 8.30 malam bermula 8 September ini.