KORBAN KASIH ABAH (DOWNLOAD)




Korban Kasih Abah
TARIKH: 25 September 2011,
MASA: 10.00malam
Telefilem Anugerah Skrin 2011
Pelakon: Diana Amir, Esma Danial, Mia Sara, Shajiry, Pekin

DOWNLOAD KORBAN KASIH ABAH
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS KORBAN KASIH ABAH

Mengisahkan seorang bapa tunggal yang kematian isteri dalam satu tragedi dan terpaksa membesarkan anak perempuannya bersendirian. Dibantu oleh KAK ANI dan anak lelakinya, ARIE, ADNAN berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada JAMILAH. Cita-cita JAMILAH hanya satu, iaitu ingin menjadi penyanyi terkenal dan berbakti kepada abahnya.

JAMILAH membesar sebagai anak yang baik dan pada suatu hari, dia telah diketemukan dengan RAMZI, seorang komposer. RAMZI membuka jalan kepada JAMILAH, bermula dari memperkenalkan JAMILAH kepada SITI, seorang guru vokal yang berprofil tinggi. ADNAN terpaksa berkerja keras demi membayar yuran untuk JAMILAH mengikuti kelas vokal. Usia yang semakin tua ditambah pula dengan kudrat yang semakin terhad menyebabkan ADNAN mula sakit.

Sehinggalah JAMILAH ditawarkan menjadi artis rakaman dan perlu mempromosikan lagu-lagunya di pasaran Indonesia, di sini timbul isu apabila ADNAN terpaksa melepaskan JAMILAH pergi sendiri dan ARIE pula meluahkan perasaan kepada JAMILAH. JAMILAH yang selama ini hanya menganggap ARIE sebagai abang, spontan menolak. JAMILAH ke Indonesia dan memulakan kerjayanya sebagai JAMMY, seorang penyanyi dari Malaysia.

ADNAN yang ditinggalkan di Malaysia sering sakit-sakit kesan kerja kerasnya selama ini. JAMILAH pula gagal menghubungi ADNAN disebabkan jadualnya yang terlalu padat.KAK ANI pula menghadapi konflik dengan ARIE. KAK ANI merasakan ARIE adalah anak yang pemalas dan sering mendesaknya untuk mencari kerja.

ARIE yang tertekan dengan desakan ibunya bertindak keluar dari rumah dan menemui kawannya yang bekerja sebagai ceti haram. Kebetulan berlaku pergaduhan yang menyebabkan ARIE terbunuh. KAK ANI yang menerima khabar ini terlampau terkejut sehingga dia turut meninggal dunia. Tragedi ini menyebabkan ADNAN masuk ke rumah orang tua kerana tiada sesiapa lagi yang ada untuk bersamanya. ADNAN menghabiskan hari tuanya dengan merindui dan risau memikirkan keselamatan anak kesayangannya yang jauh di mata.

JAMILAH pulang ke Malaysia, terkejut menerima khabar kematian KAK ANI dan ARIE. Dia hilang punca untuk mencari ayahnya. JAMILAH merasa amat bersalah dan berdosa kerana mengabaikan ayahnya selama ini hanya untuk mengejar dunia glamor. Dengan bantuan RAMZI, JAMILAH berjaya menjejaki ADNAN, sayangnya ADNAN sedang koma, berjuang antara hidup dan mati.