MELODI RAYA 2011 (DOWNLOAD)


MELODI RAYA 2011
HARI: Hari Raya Aidilfitri ke-6 dan ke-13
hari: Ahad
MASA: 12.30 tengahari,


MELODI RAYA 2011 TV3
Melodi Raya Episod 1 (4 september 2011) = DOWNLOAD
Melodi Raya Episod 2 (11 september 2011) = TAMAT
Kredit: kepalabergetar


SINOPSIS MELODI RAYA 2011
Sentiasa hangat dengan isu-isu sensasi, program hiburan paling popular di TV3, MELODI meraikan artis-artis lama dan baru serta para penggiat seni di industri hiburan dengan dua episod khas dalam MELODI RAYA 2011. Tampil dengan konsep ‘3 Dimensi’ yang dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, komedi dan temubual sensasi, rakaman Melodi Raya episod satu menyaksikan kehadiran 500 jemputan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selaku penaja lokasi.

Sebanyak 16 persembahan telah mengambil tempat di pentas utama dan ia membariskan lebih 10 orang artis lama dan baru. Antara yang membuat persembahan ialah Hattan yang mendendangkan lagu Duit-Duit, Kumpulan Senario dengan lagu Puasa Raya, Alyah membawakan lagu Kisah Hati, Datuk M. Nasir menyanyikan lagu Hati Emas, Hafiz dengan lagu Awan Nano dan Noktah Cinta dan tidak ketinggalan persembahan daripada Fauziah Latif yang menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dan Dia bersama Alyah.

Acara menjadi bertambah kecoh apabila Kumpulan Sepah turut diundang bagi menghangatkan suasana Melodi Raya. Sepah tampil dengan tiga set persembahan iaitu ‘Bergaduh Balik Kampung’, ‘Raya Apa Paling Seronok’ dan ‘Tak Puasa’. GUA perhatikan, setiap kali Sepah naik ke pentas, pasti penonton akan ketawa terbahak-bahak dengan lawak mereka. Maklumlah, mereka adalah juara program Maharaja Lawak.

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, Melodi Raya juga tidak lupa memberi penghormatan kepada artis-artis yang meninggal dunia pada tahun ini dalam paparan segmen belasungkawa.
Artis Jawab Soalan Panas

Melodi Raya episod 2 pula memaparkan sesi temubual sensasi yang dikendalikan oleh Wahid Senario dan Dira Abu Zahar bersama dua pengacara jemputan iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira. Bezanya Melodi di minggu kedua ini ialah ia memaparkan temubual panas di antara barisan pengacara dengan artis-artis yang hadir.

Skuad wartawan Melodi telah memainkan peranan untuk mendapatkan persetujuan artis-artis pilihan untuk hadir ke sesi rakaman tersebut. Mereka perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan panas daripada gabungan pengacara yang tidak akan berputus asa selagi tidak mendapat jawapan yang dicari.

Segmen pertama bakal menyaksikan luahan hati dua aktres jelita yang memegang status ibu tunggal iaitu Maria Farida dan Natasha Hudson yang sentiasa diburu kontroversi dalam segmen ‘Artis Ibu Tunggal’. Segmen S.A.M.A.N (Selesai Apa Masalah Artis Negara) pula memberi peluang kepada Kumpulan Meet Uncle Hussain bersama bekas vokalis mereka, Lan The Typewriter serta Iqram Dinzly dan Arja Lee untuk mengubah persepsi penonton terhadap masalah atau gosip yang telah mencalar imej mereka sebagai anak seni.Adakah mereka akan mencurahkan isi hati tanpa berselindung? Pastikan anda menonton Melodi Raya episod 2 untuk mengetahui jawapannya.
-KREDIT: GUA.COM