PELIKNYA CINTA (TV2)



Drama Peliknya Cinta
MULAI: 26 September 2011,
MASA: 1.30 petang Di TV2
PELAKON: Baizura Kahar, Syed Nasir, Fazilah Nani, Syafiq Mustapha dan Ezlinda Ismail,
SUMBER: Budiey.com

SINOPSIS PELIKNYA CINTA (TV2)

drama ini mengangkat kisah percintaan dua insan yang sejati meskipun masa berlalu dan masing-masing sudah berteman namun kerana cinta mereka bertemu semula dan membuktikan jika sudah tertulis jodoh untuk bersama takkan ada siapa yang mampu menghalangnya.

Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Syafiq ialah seorang jurufoto yang sering ke sebuah cafe di mana dia selalu ternampak seorang gadis yang gemar makan di situ. Syafiq sering kali ingin menegur gadis berkenaan tetapi malu. Syafiq dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa pada gadis tersebut. Sabrina, sebenarnya pun sering nampak Syafiq di cafe namun buat tak tahu kerana dia sudahpun mempunyai teman lelaki. Walaupun sesuatu mengenai Syafiq mencuit hatinya.

Sabrina amat menyayangi Rizal, teman lelakinya yang sudah dikenali selama 3 tahun. Namun, Rizal hanya mendampingi Sabrina kerana Sabrina adalah seorang anak orang kaya. Rizal pada masa yang sama, sering mendampingi beberapa gadis lain tanpa pengetahuan Sabrina.

Suatu hari, seperti biasa Syafiq pergi ke cafe pada waktu makan tengah hari tetapi Sabrina tiada di situ. Selama 3 hari berturut-turut, Syafiq menanti kedatangan Sabrina tetapi dia tidak muncul-muncul. Syafiq menyesal kerana tidak pernah menegurnya sebelum ini.

Sementara itu, Sabrina sedang bersedih kerana menyaksikan sendiri kecurangan Rizal. Sabrina kecewa. Sabrina berjanji untuk tidak mendampingi lelaki lain selepas apa yang dilakukan oleh Rizal. Manakala, Syafiq diberikan inspirasi oleh seorang rakan untuk cuba mendekati gadis istimewa yang menarik perhatiannya itu. Syafiq ambil keputusan untuk menegur Sabrina sekiranya dia bertemu dengan Sabrina sekali lagi. Setiap hari Syafiq menunggu kemunculan Sabrina dengan sabar.

Beberapa hari selepas itu, Sabrina ke cafe. Syafiq nampak kehadiran Sabrina dan merasa gembira dalam cemas. Syafiq beranikan diri ke meja Sabrina dan memperkenalkan dirinya. Antara Syafiq dan Sabrina jelas terasa satu ‘chemistry’ yang hebat. Selepas beberapa jam berbual, Sabrina kelam kabut kerana perlu kembali ke pejabatnya. Dalam pada itu, Syafiq meminta nombor telefon Sabrina. Sabrina bukannya keberatan untuk memberi tetapi dia sendiri sudah bersumpah untuk tidak mendampingi lelaki buat masa ini lalu menulis nombornya pada wang RM10. Syafiq terkejut. Sabrina menerangkan bahawa, wang itu akan digunakan untuk membayar makanannya dan sekiranya suatu hari nanti wang RM10 itu sampai ke tangan Syafiq, maka mereka memang ditakdirkan untuk bersama.

Syafiq terkejut tapi bersetuju dengan permainan Sabrina. Mereka berjabat tangan dan kedua-duanya meninggalkan cafe mengikut haluan masing-masing. Selepas daripada itu, Sabrina berhenti kerja dan tidak lagi mengunjungi cafe tersebut. Manakala Syafiq pula ditugaskan kerja keluar negara.

Tiga tahun kemudian tanpa diduga kedua-duanya bertemu secara tidak sengaja. Namun ketika itu masing-masing telah berpunya. Syafiq kini telah menjadi seorang jurufoto terkenal. Hasil kerjanya banyak digunakan majalah-majalah terkemuka tanah air. Syafiq juga mempunyai seorang kekasih, Nadya. Nadya merupakan seorang model terkenal. Sabrina pula kini bekerja sebagai seorang wartawan hiburan untuk sebuah majalah dan menjalin semula hubungan dengan bekas kekasihnya Rizal.

Lalu apakah jalan penyudah hubungan mereka? Mampukah jodoh menyatukan kedua-duanya?