AT HOME WITH LOVE (TV1)

At Home With Love
TARIKH: 6.00 petang
MULAI: 27 Oktober
PELAKON: Ng Kai Wah (Lawrence), Mung Ka Wai (Yoyo), Chung King Fai, Cho Wing Lim (Raymond), Ng Ka Lok (Carlo), Hui Shiu Hung dan Tong Sze Wing



SINOPSIS AT HOME WITH LOVE (TV1)
Drama ini mengisahkan watak bernama Chung Chi-Leung yang mengambil alih syarikat hartanah milik keluarga setelah bapanya, Chung Bong mengambil keputusan untuk bersara. Namun Chung tidak bersendirian kerana dia turut diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat bersama Tsu Chi-Ling yang merupakan anak kenalan rapat Bong.

Daripada sekadar hubungan antara majikan dan pekerja, hubungan mereka semakin erat hingga pada masa sama terbitlah bibit-bibit cinta yang mendalam antara keduanya. Begitupun kedua-duanya menjalinkan hubungan secara profesional dan tidak mencampuradukkannya dalam urusan kerja.

Namun ketika itu hubungan dua beranak, Bong dan Leung tidak berlangsung dengan baik dan kemuncaknya hubungan mereka menjadi lebih tegang apabila Bong telah menemui teman wanitanya secara rahsia di tanah besar China. Muncul Ling antara keduanya untuk cuba untuk menjadi pengantara dan menyelamatkan keadaan di antara kedua-dua pihak anak-beranak itu.

Kemuncaknya apabila sehingga satu hari tiba-tiba Ling tanpa diduga telah membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat Leung demi wang dan menjadi salah satu pesaing yang paling besar kepada syarikat kekasihnya itu.

Lalu bagaimana Leung cuba berdepan dan bersaing dengan kekasihnya yang bertukar menjadi pesaingnya itu sekarang? Kesudahannya akan diperolehi apabila anda melaungkan masa menyaksikan drama menarik ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 27 Oktober depan hanya di TV1.