THE CAT - TWO EYES THAT SEE DEATH


THE CAT - TWO EYES THAT SEE DEATH
Klasifikasi: PG13
Genre: Seram / Misteri
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2011
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Byun Seong-wook
Pelakon: Park Min-young, Kim Dong-wook, Shin Da-eun



Sinopsis The Cat- Two Eyes That See Death

Filem arahan pengarah filem "Solace" (2006), Byun Seung-Wook, "The Cat" mengisahkan So-Yeon (Park Min-Young) menghidap klaustrofobia akibat kemalangan trauma yang dilaluinya ketika kecil. Cuba menjalani kehidupan normal, So-Yeon bekeja sebagai perias di salah sebuah kedai binatang peliharaan.

Pada satu hari, seekor kucing bernama Bidanyi dihantar ke kedai tersebut. Keesokan harinya pula, tuan kepada Binyani ditemui mati di dalam sebuah lif. So-Yeon kemudiannya menjaga Binyani dan semenjak dari hari itu, So-Yeon sering melihat pelbagai kejadian misteri terutamanya kelibat seorang budak perempuan.

Kematian misteri rakan baiknya, Bo-Hee mengundang 1001 misteri dan ketakutan So-Yeon, apatah lagi Bo-Hee mati selepas membela seekor kucing dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Bimbangkan keselamatan dirinya, So-Yeon tiada cara lain melainkan menyiasat misteri kematian demi kematian di sekelilingnya yang dipercai ada kaitan dengan...