CERITERA WANITA (TV1)

Ceritera Wanita
mulai: 1 Oktober 2011,
Hari: setiap Sabtu,
Masa: 11.30 pagi di TV1
Pelakon: Zarynn Min, Jolie Wong, Kristina Vinokree, Kismah Johari, Maizurah Hamzah dan Khadijah.
Episod: 13 Episod
Sumber: budiey.com



SINOPSIS CERITERA WANITA (TV1)
Kisah pergolakkan hidup yang berlaku dalam diri tiga wanita berbeza diangkat mewarnai plot cerita Ceritera Cinta termasuklah kisah kekeluargaan, percintaan dan persahabatan. Menampilkan tajuk yang berbeza setiap minggu, kisahnya bermula dengan berkongsi sisi hidup Lily yang telah berumahtangga namun pada masa sama menyambung pengajiannya. Situasi itu kurang disenangi oleh ibu mertuanya yang mahu Lily hanya menumpukan perhatian terhadap keluarga dan suaminya, Kumar.

Sementara itu temannya, gadis berbangsa Cina bernama Amy pula yang menjaga dan menanggung perbelanjaan kolej adik perempuannya menghadapi tekanan dengan sikap adiknya yang lebih suka bersukaria, berparti dan sebagainya tanpa menghiraukan nasihat dan tegurannya. Manakala Nia pula walaupun tidak menafikan kakak sulungnya, Aisya, banyak membantu ibunya membesarkan adik-adik, kecewa dengan sikap kakaknya yang dianggapnya seperti katak di bawah tempurung dan masih bersikap seperti isteri Melayu zaman dulu-dulu.

Konflik bermula apabila mertua Lily asyik memuji menantu jirannya yang merupakan suri rumahtangga dan ibu sepenuh masa. Lily terdengar ibu mertuanya bercerita kepada jiran sebelah rumah tentang dirinya yang tidak menepati harapan beliau sebagai menantu. Kerana malu Lily minta Kumar cuba memberhentikan perbuatan ibunya itu. Manakala Nia pula mendapat tahu yang rakan sekerjanya, Tasha, yang selama ini nampak bahagia dalam rumahtangganya sebenarnya hidup bermadu, sebagai isteri kedua. Dia hairan bagaimana Tasha boleh bahagia sebagai isteri kedua, hidup dengan cemuhan sebagai perampas suami orang. Tasha memperkenalkan Nia kepada isteri pertama suaminya, Farah, yang menceritakan perasaannya semasa suaminya meminta izin untuk berkahwin dengan Tasha. Farah adalah teman sekerja Nia juga.

Pada masa sama Amy menghadapi masalah bagaimana hendak menasihati adiknya, Chloe, yang mencintai teman lelakinya membuta-tuli, tanpa memperdulikan segala perangai buruk lelaki tersebut. Lily dan Amy terkejut apabila Nia memihak kepada Chloe. Dalam diam-diam rupanya Nia sendiri sedang di lamun cinta. Amy dan Lily telah nampak perubahan pada perawakan Nia. Amy dan Lily juga cuba menasihati Nia mengenai teman lelakinya.

Nia lama tidak bertemu Lily dan Amy. Mereka merasa mungkin Nia masih malu dengan insiden teman lelakinya yang penipu atau marahkan mereka mencampuri urusan peribadinya. Mereka melawati Nia di rumah dan mendapati Nia sebenarnya sibuk menjaga ibunya yang sakit. Mereka juga mendapati Nia sibuk dengan kerja-kerja rumah. Semasa itu Nia menyedari nilai dan erti persahabatan mereka.

Amy merasa serba salah kerana ibunya merasa kecil hati kerana bukan sahaja dia telah lama tidak pulang ke kampung kerana sibuk dengan perniagaannya yang baru mula berkembang. Lily pula mendapat kenaikan pangkat selepas tamat pengajiannya membuatkan suaminya Kumar rasa tercabar dengan kedudukan baru isterinya.

Ketika itu ibu Nia, ibu Amy dan ibu mertua Lily berkongsi cerita mengenai besan dan menantu mereka yang berbagai ragam.

Kemunculan rakan sekolej Nia, Faridah, seorang ibu tunggal, telah ditinggalkan suami begitu saja tanpa perceraian, pemberian nafkah, dan sebagainya datang meminta bantuan dari Nia begitu mengejutkan. Amy mengambil Faridah sebagai staf di Seni Homes selepas penceraiannya. Nia dan Amy membantu Faridah untuk mempertingkatkan keyakinan dirinya. Di samping itu Amy juga sebagai seorang ibu tunggal cuba sebaik mungkin mendidik anaknya dan sering meminta nasihat dari ibu mertuanya.

Mereka kemudiannya sama-sama mengusahakan Seni Homes hingga berjaya.